Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, beliau berbangga kerana Anwar menerima teguran rakyat berkaitan pembetulan isu Royalti yang terkandung dalam buku manifesto tersebut.
Katanya, manifesto itu hanya menyebut Sabah dan Sarawak yang bakal menerima peningkatan royalti petroleum dan sumber hidrokarbon daripada lima kepada 20 peratus sekiranya PR berjaya mentadbir negara.
“Dalam sesi ringkas ini, kami meminta beliau meminda dengan memasukkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan negeri pengeluar minyak untuk menerima manfaat tersebut.
“Kami berbesar hati kerana Anwar menerima teguran serta bersetuju untuk memindanya, kami menganggap persetujuan ini sebagai satu sejarah,” katanya pada program Satu Jam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Markas Penerangan Pas Pasir Puteh di sini, petang kelmarin.
Anwar dalam ucapan ringkasnya antara lain berkata, rakyat perlu istiqamah dalam perjuangan sekarang, bagi memastikan PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Katanya, rakyat mesti berwaspada dengan taktik BN yang mengagihkan pelbagai bentuk bantuan menjelang PRU.
“Mereka (BN) beri macam-macam kepada rakyat apabila hampir PRU, selepas PRU mereka membuat macam-macam perkara yang membebankan rakyat. Terima kasihlah dengan penyampaian BR1M tapi jangan sampai menggadai maruah.
“Kita dapat RM500 dah megah tapi orang tertentu dalam Umno senang-senang mendapat kekayaan, ada anak orang Umno dapat RM30,000 sebelum kerana projek lembu dan ada pula ketua Wanita dapat RM160 juta wang tabung tentera.
“Saya tahu rekod negara sebab itu pemimpin BN takut. Saya melalui pelbagai tekanan tapi saya yakin kepada ALLAH SWT,” katanya sambil memberitahu bahawa rakyat tidak perlu risau kerana PR akan menjaga mereka sebaik mungkin sekiranya berjaya memerintah negara./SinarHarianOnline
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Pinda juga elaun untuk guru, RM500 banyak sangat.Kurangkan. Doktor bekerja lebih teruk. On-call saja ada yg sampai 13hari. Kalau dikira semua termasuk tugas biasa hari bekerja lebih dari 30 hari.Guru- ramai yg tak sokong pakatan rakyat.Yg sokong beberapa org saja bagi setiap sekolah.Gaji guru dah muai dibanding dgn tugas dan cuti yg banyak. kerja separuh hari .Balik lewat jika mesyu.
BalasPadam