Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Februari 02, 2013

Bubar Dun awal: PR belum buat pendirian muktamad - DSAI

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perbincangan mengenai cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor lebih awal masih berterusan.

"Ada perbincangan, perbincangan berterusan, sekarang sedang diteruskan," kata Anwar menjawab pertanyaan pemberita.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh bulan ini.
Namun katanya, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama," kata Khalid yang turut memberitahu, ia juga tertakluk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengumumkan atau memberi apa-apa indikator berhubung tarikh pilihan raya selepas Cap Goh Meh ini.

Namun Khalid tidak menolak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.

Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak dengan pusat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, beliau belum terfikir untuk membubarkan Dun bagi memboleh pilihan raya negeri diadakan secar berasingan.

Pembubaran katanya, bergantung kepada keadaan semasa di negeri dan ia terserah kepada beliau untuk menilainya sendiri./SinarHarianOnline

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...