Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Februari 06, 2013

KEADILAN siap gempur PRU 13, tunggu PM tiup ‘wisel’ – Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR 5 Feb: KEADILAN bersama kekuatan jentera parti siap untuk gempur pilihan raya tahun ini yang dijangka maha sengit dan hanya menunggu tiupan wisel pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin Pakatan Rakyat akan memperoleh kemenangan melebihi tsunami politik pada 2008.
saifuddin-nasution-keadilan2
“Pembahagian kerusi KEADILAN siap sepenuhnya. Tapi yang membabitkan wilayah bersama Pakatan Rakyat masih ada satu dua kerusi lagi. Kesimpulannya persiapan semua parti Pakatan berada di tahap maksimum, sedia untuk PRU 13,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurutnya, senarai calon yang bertanding mewakili KEADILAN juga selesai.

“Kita juga sudah siap mengenal pasti sebahagian besar calon-calon negeri dan mereka sudahpun ditentukan, cuma mereka belum dimaklum. Masih dirahsiakan, tapi Cabang-cabang sudah tahu, tetapi belum secara rasmi,” jelas Saifuddin.
Tambah beliau, kempen berterusan yang masih dijalankan antaranya Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) merupakan kaedah paling berkesan untuk pemimpin bertemu rakyat bagi menerangkan tawaran Pakatan Rakyat khususnya.

“Kempen sedang berlangsung seperti Jelajah Merdeka Rakyat. Ia berjalan mengikut jadual. Tumpuan KEADILAN kepada kerusi yang ditandingi dan mesti menang.
“Manifesto (pilihan raya) juga sudah siap, cuma nak diperakukan di peringkat Majlis Presiden (Pakatan Rakyat). Itu manifesto bersama. Persiapan logistik berupa bahan-bahan sebaran, kelengkapan parti, bendera, juga siap diagihkan.
pilihan-raya1
“Tunggu tiup wisel sahaja, kita akan agihkan ke seluruh Cabang KEADILAN berdaftar. Kita juga akan bantu calon dari PAS dan DAP,” ujar Ahli Parlimen Machang itu lagi.
Kata Saifuddin, walaupun berdepan cabaran kotor daripada Umno BN, namun berdasarkan keyakinan dan sokongan rakyat, Pakatan boleh menang.

“Keyakinan kita kali ini jauh lebih kuat. Kita yakin KEADILAN boleh memberi persembahan terbaik berbanding 2008. Melihat sudut kesungguhan jentera dan mesej kita kepada pengundi, kita tampilkan tawaran dan dasar yang mampu memahamkan rakyat.

“Kita berikan program jangka panjang, supaya rakyat boleh buat perbandingan. Tawaran dan dasar kita jelaskan dan jentera sudah bagus, kerjasama Pakatan sangat akrab, maksudnya kita sedia gempur kali ini,” katanya./KeadilanDaily

Extra income dari rumah
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...