Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Februari 12, 2013

DSAI Pilihan DAP sebagai PERDANA MENTERI


Karpal tetap mahu Anwar jadi PM
 
Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
 
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh sekali lagi menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
  
Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Pas menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.
  
"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Baru-baru ini, akhbar melaporkan Majlis Syura Pas menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.
   
Menurut laporan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam Pas memberitahu penolakan Majlis Syura Pas terhadap Anwar semakin kuat. - Bernama

  Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!! 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...