KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan
presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila
beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang.
Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.
"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya)
tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas
Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.
Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam,
Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan
bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus
kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Menurut Nasharudin walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR
berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran
beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.
Menjelaskan perkara itu lagi, Husam berkata jika Nasharudin masih
berada dalam Majlis Syura berkenaan sudah tentu pandangan anggota
Parlimen Bachok itu akan diberi perhatian sewajarnya.
"Ustaz Nasha boleh membuat rayuan terhadap pelucutannya dalam Majlis Syura itu jika mahu berada kembali," katanya.
Nasharudin dipecat dari Majlis Syura Ulama pada 13 Jan lalu atas alasan
beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak
selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
Sementara itu Husam secara sinis meminta Umno memberi ruang kepada
Nasharudin agar mempertahankan kerusi Parlimen Bachok atas tiket Barisan
Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata adalah lebih baik jika Umno berbuat demikian jika
Nasharudin sememangnya tidak lagi berminat berjuang melalui Pas yang
kini dilihat lebih cenderung menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
"Saya rasa Datuk Dr Awang Adek Hussin perlu memberi ruang kepada Ustaz
Nasha mempertahankan Parlimen Bachok atau meletakkan Ustaz Nasha ke
tempat lain yang dirasakan boleh menang," katanya. - Bernama
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Khamis, Februari 07, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
-
Siang diliwat abang, malam dirogol ayah, polis tahan 4 suspek dan kakak ipar - FMT ReportersPETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dikatakan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa dan tiga abang kandungnya yang didakwa mer...Sejam yang lalu
-
Survey Kata Sokongan Terhadap Muhyiddin Sebagai PM Meningkat - Tinjauan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia mendapati kadar penerimaan sebanyak 67% terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri meningkat be...2 jam yang lalu
-
MENGAMBIL WANG KWAN TANDA MAHIADDIN TERDESAK - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin benar-benar terdesak sekarang. Jika tidak terdesak, masakan duit masa depan generasi akan data...10 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Kelima* *TINDAKAN PANTAS * TEMPOH sebulan yang ditetapkan oleh doktor pakar ENT Hospital Kuala Lumpur (HKL) *Dr Zakinah Yahya* untuk aku menjalani...13 jam yang lalu
-
PAS Sedia Jadi 'Orang Tengah' Bagi Selesaikan Pertelingkahan Di Antara UMNO Dan BERSATU - PASIR PUTEH - PAS sedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara men...16 jam yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

Inilah dia sejelas-jelasnya seorang pemecahan belah jemaah dala PAS dan menjadi barua pecacai bagi pihak musuh, mak usia berbulu ayam ini jika masih disimpan dalam PAS lihatlah nanti apa saja keburukan dalam kelambu PAS akan ditelanjangkan, dia tidak sedar yang dilondeh kain itu tergolong dirinya sendiri semasa bersama PAS. Tendang keluar saja dari PAS habis cerita,biarkan dia dengan dunia fantasi nya.
BalasPadam