Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Februari 17, 2013

Panas!! Bekas PM Australia mahu Canberra tegas dengan pengusiran Xenophon


Rudd berkata tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd mengkritik penahanan senator Australia Nick Xenophon di Malaysia dan mahu Canberra tegas mengenai isu itu. Xenophon tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam dan sepatutnya bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu hadapan, tetapi dihalangan untuk masuk dan kemudiannya  ditahan di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum diusir keluar malam semalam.

“Menahan mana-mana ahli parlimen Australia, dengan cara Senator Xenophon ditahan tidak boleh diterima,” kata Rudd kepada saluran berita Australia, Sky News hari ini.
“Kita teguh dengan demokrasi, oleh itu kita perlu tegas dengan rakan kita di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Xenophon hadir kerana menjadi sebahagian dari ahli parlimen dan senator Australia untuk mengkaji perjalanan pilihan raya Malaysia, tetapi rakan-rakannya membatalkan kehadiran mereka selepas beliau diusir.

Rudd berkata Australia adalah rakan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan.
“Beliau adalah ahli parlimen Australia yang dilantik dan seharusnya dilayan dengan hormat,” kata Rudd, merujuk kepada Xenophon.
Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata semalam mengatakan Xenophon diusir dan dihalang dari memasuki Malaysia di bawah Akta Imigresen 8(3) kerana senator tersebut membuat kenyataan yang memburukkan imej Malaysia.

Alias merujuk kepada kenyataan Xenophon mengenai kerajaan Malaysia bersikap “authoritarian” dalam menangani perhimpunan untuk  menuntut pilihan raya yang bersih dan adil April lalu.
Dalam permerhatian Xenophon semasa perhimpunan tersebut, beliau berkata beliau nampak polis melepaskan gas pemedih mata dan air kimia kepada peserta perhimpunan aman.
Komen beliau juga ditulis dalam laporan akhir dalam misi mencari fakta mengenai pilihan raya di Malaysia yang menjadi sebahagian dari pemerhati pilihan raya antarabangsa melibatkan enam negara, seperti Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan Jerman.

Penahanan dan pengusiran Xenophon menimbulkan kemarahan sebahagian rakyat Malaysia, termasuk Bersih 2.0 dan ahli politik Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik pengusiran Xenophon dan mengatakan paranoia kerajaan mengenai pilihan raya yang semakin hampir.
Anwar pula mengatakan “penyalahgunaan kuasa yang jijik” serta melanggar protokol antarabangsa, terutamanya dari negara Komanwel.

Pengguna Twitter mengkritik keputusan kerajaan, dengan menggunakan ‘hashtag’ #xenophon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun mempertahankan keputusan pengusiran tersebut, berkata pihak imigresen melakukan tugasnya dengan baik.
Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menambah adalah tidak adil untuk mengatakan pihaknya tidak adil dalam Pilihan Raya 2013 hanya kerana pengusiran Xenophon./TheMalaysiaInsider

VIDEO PERUBAHAN!!!! WAJIB TONTON UNTUK RAKYAT MALAYSIA (VIDEO KEMPEN PRU13).

    

2 ulasan:

  1. X pulak cerita pasal reason dia kena halau. Pasal dia keep join perhimpunan haram.
    Cerita xlengkap.

    BalasPadam
  2. Dia hanya pi joint tengok ...bukan pi buat huru hara macam sesetengah PATI yang ramai kat KL macam dipaparkan di dalam youtube baru-baru ni... sebab tu kadar jenayah di KL meningkat....Tak kan pi tengok pun tak boleh?.. tapi negara ku Malaysia memang macam tu... hatta pakai baju kuning bersihpun tak boleh... kalau untuk Bee End semua boleh... cuba lihat apa kena pada mahasiswa/wi yang pi Pekan Pahang baru-baru ni... yang buat kacau tak kena apa-apa tindakan pun.. buat kacau kat PKR, buat kacau kat kembara oren... repot ler banyak manapun... repot kat polis ke.. kat SPRM ke... semua diam .....huuuhhh Malaysia Boleh!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...