PETALING JAYA 19 FEB: Selain empat bekas jeneral yang mengisytihar
sokongan padu kepada Pakatan Rakyat tempoh hari, Datuk Seri Anwar
Ibrahim memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera
lain akan mengikut jejak mereka.
Berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelana Jaya di sini, malam
tadi, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat
tetapi berkata mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi.
“Bayangkan,
empat bekas jeneral sokong kita. Empat-empat sekaligus umum (sokong
Pakatan). Saudara lihat nanti, hari-hari berikut (ada) berita-berita
baik lagi,” katanya.
Pada 16 Februari lalu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul
Hamid; Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana
Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad,
mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima
Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik
Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera
(Najmi).
Anwar berkata, keempat-empat bekas jeneral itu juga memberi jaminan
untuk memastikan keamanan berterusan di negara ini apabila berlaku
perubahan politik di peringkat persekutuan.
“Ada khabar angin, kononnya kalau Umno kalah, akan kacau bilau negara
ini. Tahu tentera kata apa? Kami (empat bekas jeneral) bertekad bersama
ramai kawan-kawan kami, akan pastikan negara ini hormat Perlembagaan.
“Mereka akan bantu dan pastikan perubahan kerajaan secara aman jika Pakatan ditakdir menang PRU 13,” katanya.
Selain
tentera, beliau berkata, bekas pegawai tertinggi polis juga menyokong
Pakatan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,
Datuk Fauzi Shaari manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan juga ada bertemu beliau.
“Maknanya apa? Mereka tahu ada peralihan (kuasa politik). Jadi,
polis-polis yang ada bertugas di sini, baik sokong kita,” katanya dengan
nada berseloroh.
Anwar juga menegaskan beliau tidak berdendam dengan mana-mana
pegawai dan anggota polis termasuk individu (bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Rahim Noor) yang pernah memukulnya pada 1998.
“Saya tak dendam. Yang pukul saya pun seorang saja. Tak apalah, sudahlah. Banyak polis kerjanya bagus, bagus,” katanya.KeadilanDaily
Extra income dari rumah
Senarai Blog...Geng
-
Hiba angkat mayat rakan sendiri - Abnor Hamizam Abd Manapam@hmetro.com.myROSLEE Mustaffa meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan di Jalan Palong-Pasir Besar, Tamp...27 minit yang lalu
-
-
TUN MAHATHIR BAKAL DIDAKWA? - Kertas siasatan ke atas Dr Mahathir Mohamad berhubung isu dia didakwa menghina institusi raja sudah disiapkan, kata Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...5 jam yang lalu
-
Mencari ‘Lampu Aladin’ Untuk UMNO - Oleh Kamarazaman Yacob DI Selangor, terdapat 22 kerusi Parlimen. Kalaulah UMNO boleh bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, apakah ahli pa...Sehari yang lalu
-
KPDN Pahang Berjaya Rampas Kira-Kira 16,000 Liter 'Minyak Diesel' Bersubsidi ! - KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya merampas kira-kira 16,000 liter minyak diesel bersubsidi di seb...3 hari yang lalu
-
Mengidam nak makan makanan haram - *SESUDAH SUBUH * Presiden Pas *Abdul Hadi Awang* terus membuat lawak bodoh yang menjelaskan kesakitan jiwa politiknya apabila beliau mendakwa ada orang ter...5 hari yang lalu
-
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...Setahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...Setahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...Setahun yang lalu
-
Midea 9.5KG Top Load Fully Auto Washing Machine MFW-EC950 / MFWEC950 - *Berminat nak oder KLIK SINI*2 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...2 tahun yang lalu
-
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 tahun yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...5 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Februari 19, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...