Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 04, 2013

Negara kekal aman selepas bertukar kerajaan - Fauzi Shaari


(Ahli baru PAS bertakbir beramai-ramai bersama pimpinan PAS dalam himpunan mereka)

AMPANG: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yakin negara akan kekal aman selepas berlaku pertukaran kerajaan nanti.

Bagi beliau ugutan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlaku huru-hara jika kerajaan bertukar tidak akan berlaku.

Fauzi berkata demikian ketika berucap dalam himpunan perdana ummah bersama PAS di hotel De Palma Ampang hari ini. Program yang dirasmikan oleh Presiden PAS itu disertai kira-kira 300 yang kebanyakannya adal;ah ahli baru PAS yang terdiri dari pelbagi kalangan pemimpin Islam dan Melayu.
Fauzi mengulas kenyataan Najib yang mendakwa pelbagai kerosakan akan berlaku jika berlaku pertukaran kerajaan.

Menurut Fauzi, keadaan itu terbukti tidak berlaku apabila peralihan kuasa yang berlaku di beberapa buah negeri sebelum  ini.

"Masih ramai mereka yang berada di luar tertanya-tanya adakah peralihan kuasa kali ini akan berlaku dengan aman tanpa sebarang kekacauan.

"Bagi saya ia akan berlaku sepertimana dengan perubahan kuasa di negeri-negeri yang diambil alih oleh Pakatan Rakyat, tanpa ada sebarang kakacauan," jelas Fauzi yang kini aktif berkempen untuk memenangkan Pakatan di hadapan kira-kira 300 peserta himpunan.

Malah menurutnya lagi, kekecohan hanya berlaku di kawasan sekitar pejabat pentadbiran negeri apabila pihak berkuasa mengambil tindakan mengawal kawasan tersebut bagi mengelakkan ada dokumen rasmi dibawa keluar oleh pihak yang kalah.

"Sebagai pihak berkuasa, kita akan membuat kawalan di kawasan sekitar bangunan pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini adalah untuk memastikan tidak ada sebarang dokumen rasmi dibawa keluar oleh mereka dari kerajaan terdahulu, dan ini bukannya satu kekacauan," kata beliau.

Fauzi yang juga berharap rakyat perlu yakin apabila berlakunya perubahan pemerintah, ia akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekacauan.

Apa yang diperkatakan sebelum ini hanyalah untuk menakut-nakutkan rakyat untuk tidak melakukan sebarang perubahn./HarakahDaily

Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!
    

1 ulasan:

  1. Anak-anak kita akan diperkenalkan dan dalam dunia kebebasan seks, homoseksual dan kebebasan agama!

    ..Ya Allah Engkau hancurkanlah mereka yang mahu menghancurkan Islam kerana perbuatan itu memudharatkan agamaMu, negara dan Engkau selamatkanlah hambaMu yang benar dari menjadi syirik...




    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...