Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 31, 2011

Tanpa Anwar Ibrahim, PKR tetap berjuang


Saifuddin Nasution
ALOR SETAR - Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari depan, sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat persediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, apa jua keputusan kelak, perjuangan dan momentum parti tetap diteruskan.

“Persiapan tetap berjalan seperti biasa. Sama ada Anwar bersama kita atau tidak pada ketika itu, ianya tidak jejaskan fokus dan semangat untuk terus berjuang,” katanya ketika berucap pada Jamuan Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Derga, Parlimen Pokok Sena, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), malam semalam.

Menurutnya, selepas 12 tahun ahli dan penyokong PKR berjuang termasuk Anwar sendiri yang tidak henti-henti ditohmah dengan pelbagai fitnah, beliau yakin parti itu tetap mempunyai kekuatannya tersendiri.

“Saya percaya kita akan laluinya dengan baik. Semangat perjuangan ahli tidak akan terhakis dan sudah tiba masa kita ubah negara ke arah yang lebih baik,” katanya.

Saifuddin berkata, pihaknya juga yakin calon yang bakal diletakkan bertanding pada PRU13 adalah lebih baik, namun terpulang pada rakyat untuk membuat pilihan sekiranya mahu menggantikan kerajaan sedia ada.

“Sebab itu kali ini dalam kempen PRU13, PR perlu tunjukkan kekuatan yang ada seperti rekod urus tadbir cemerlang di negeri-negeri PR, pada masa sama dedahkan kepincangan dan skandal kepimpinan BN,” katanya.

Pada masa yang sama, Saifuddin turut mempersoal sistem pilihan raya berdemokrasi di negara ini yang tidak bersikap adil terhadap pembangkang, dan membuktikan Malaysia belum mencapai tahap kematangan politik./SinarHarian


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..


    

Jumaat, Disember 30, 2011

Kalau Anwar AlMahdi, Najib Adalah Dajjal ...Panas!!!! Panas!!! Umno!!!

Ia berasal dari ucapan Dr Badrul Amin. Beliau berkata Anwar amat dihormati serata dunia. Dan, Anwar mampu menjadi tokoh yang membawa keamanan di Timur Tengah kerana Anwar dihormati di sana.

Juak2 UMNO pula cuba untuk putarbelit isu ini. Mereka kata Dr Badrul tabal Anwar Ibrahim sebagai Al Mahdi.

Dengan kata lain, blogger2/juak2 UMNO lah yang pertama kali memberi gelaran Al Mahdi kepada Anwar Ibrahim.

Maka, di Alam Twitter dan Facebook, Tulang Besi membalas serangan mereka dengan berkata:

Kalau Anwar Imam Mahdi, Najib Adalah Dajjal

Selepas itu, isu Anwar Imam Mahdi terus mati. Rupanya blogger2 UMNO baru tersedar, mereka termasuk perangkap sendiri.

Sampai hari ni, takda sapa dari kalangan juak2 UMNO yang berani bawak isu ini lagi.

KAHKAHKAH

Kesian dia, kesian dia

Tulang Besi

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

KEADILAN cabar menteri Jamil Khir!!!!! Ada Berani!!!!

KUALA LUMPUR 29 Dis : KEADILAN mencabar Menteri Agama, Jamil Khir untuk membersihkan nama kerana menggunakan duit zakat bagi membayar kos guaman peribadi.
“Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia segera tampil ke hadapan. Bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini,” kata Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi, Jun 2011 lalu, Ketua Audit Negara mengesahkan Jamil menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membayar kos guaman pembatalan kes qazaf oleh Anwar.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail bersekngkol apabila tidak menyebut ‘pendahuluan RM63,650 daripada wang zakat yang digunakan Jamil.
Malah katanya Yamin Ismail menyalahkan Ketua Pembangkang dan pihak-pihak tertentu kononnya menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya menegaskan sebarang salahguna wang zakat selain daripada untuk asnaf yang lapan adalah salah dan dosa besar.
“Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan,” kata ADUN Seri Setia itu.

Nik turut mempersoalkan mengapa wujud pilih kasih dalam kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.
“Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat,”ujarnya./KeadilanDaily


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Woooiiiiii Hebatnya lembu umno, Salah guna Dana Rakyat!!

 Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura

Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

jingga 13 on singapore trip 291211 09Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

jingga 13 on singapore trip 291211 11"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara
Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.


jingga 13 on singapore trip 291211 05PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC.

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.
Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat./MalaysiaKini


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Khamis, Disember 29, 2011

Pengguna keliru minta penjelasan TNB


TNB
SUNGAI BESAR – Pengguna bekalan elektrik menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan penjelasan lanjut mengenai subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan dicetak dalam bil diterima.
 
Pengguna, Osman Mokmin, 60, berkata, kekeliruan itu berlaku apabila dia terpaksa membayar jumlah perlu dibayar seperti yang tertera dalam bil sedangkan ada cetakan sejumlah subsidi bahan api oleh Kerajaan Persekutuan dalam bil yang sama.
 
“Selain itu, kutipan sebanyak 1 peratus daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan juga agak mengelirukan dan ia perlu diperjelaskan supaya pengguna tidak membuat pelbagai andaian yang akhirnya boleh merosakkan nama Kerajaan Persekutuan.
 
“Kita juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memburukkan Kerajaan Persekutuan dengan kekeliruan ini,” katanya ketika ditemui, Sinar Harian di sini, semalam.
 
Kata Osman, disebabkan kekeliruan itu juga, pihaknya mengambil inisiatif menghubungi talian bebas tol dan pejabat TNB berhampiran untuk mendapatkan penjelasan.
 
“Kita diberitahu, perkara ini adalah berpandukan kepada kelulusan Kabinet dan pernah diumumkan dalam media.
 
“Mungkin pengguna terlepas pandang dengan pengumuman itu, tetapi mengapa TNB tidak mengambil inisiatif membuat hebahan notis terus ke rumah pengguna sepertimana notis gangguan bekalan elektrik. Ini penting supaya pengguna tahu dan tidak rasa tertipu,” katanya.
 
Menurutnya adalah menjadi satu keperluan untuk TNB membuat pembaharuan cetakan bil pengguna untuk memastikan kekeliruan seperti itu tidak terus berlaku.
 
“Sepatutnya, catatkan keseluruhan jumlah bil yang perlu dibayar mengikut tenaga yang digunakan dan kemudiaan barulah ditolak dengan jumlah subsidi bahan api.
 
“Dari situ barulah pengguna mengetahui lebih jelas jumlah sebenar yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik seperti mana yang tertera dalam bil bekalan air, Syabas yang meletakkan jumlah sebenar sebelum subsidi Kerajaan Negeri dan selepas subsidi diberikan,” katanya./SinarHarian


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Pinda AUKU hanya satu 'retorik' Kerajaan - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketika seorang pelajar universiti menunggu sesi pendengaran tatatertib kerana menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu, keikhlasan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipersoalkan.

NONEApakah ini, soal ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam, langkah perdana menteri untuk meminda AUKU bagi membenarkan kebebasan akademik yang lebih besar?

"Komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib, kononnya mahu meminda Seksyen 15 AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong," katanya

Menurut Anwar lagi, perkembangan membabitkan Adam Adli (kanan), mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU, sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.

Beliau menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa dan mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut, tegas Anwar,  jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Insiden itu berlaku pada 17 Disember lalu apabila kira-kira 500 orang - kebanyakannya pelajar - berarak ke ibupejabat Umno di Kuala Lumpur menuntut kebebasan akademik.

NONEDi sana, Adam (kanan) telah menukar seketika bendera yang memaparkan wajah Najib dengan sepanduk kebebasan akademik.

Walaupun didesak, tetapi Adam enggan memohon maaf dan unversitinya telah mengarahkannya hadir di sesi pendengaran tatatertib on 9 Januari. Adam turut menerima ugutan dan hampir diserang ekoran tindakannya itu.

Pada 24 November, Najib berjanji di Parlimen untuk meminda Seksyen 15 AUKU, yang akan mengangkat larangan penglibatan pelajar dalam parti politik, kesatuan sekerja dan petubuhan lain./MalaysiaKini

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Rabu, Disember 28, 2011

Ramai Geng UMNO akan kalah pada PRU-13 - Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. 

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Polis double standard Cepat Bertindak Apabila Di Lapor Umno - Chegu Bard


SHAH ALAM, 28 DIS : Tindakan pantas penahanan Chegu Bard berikutan satu laporan polis dibuat Umno sememangnya satu tindakan yang sudah dijangkakan.

Sikap double standard polis ini telah acapkali berlaku sebelum ini terhadap mana-mana parti atau badan persatuan yang tidak sebulu dengan kerajaan Umno/BN.

Itu respon terkini Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin sebaik diminta mengulas tentang penahanannya semalam berikutan kononnya dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau yang didakwa menghina institusi raja.

"Kalau laporan itu diterima selain daripada Umno/BN, memang tidak akan diberi perhatian pun oleh pihak berkuasa.
"Sebaliknya kalau Umno/BN, tindakan pantas dapat kita jangkakan contohnya seperti semalam sedangkan perkara ini sudah dibangkitkan dan berada dalam laporan polis 4 bulan lepas," ulas pemimpin popular PKR itu.

Baginya, tindakan polis ini sekadar untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan akses terhadap komputer riba dan telefon bimbitnya selain membuka ruang untuk menjadikan pemimpin PKR lain sebagai buruan.
Menurut Chegu Bard lagi, beliau sendiri telah membuat laporan polis sebelum ini atas pelbagai perkara seperti ugutan bunuh dan sebagainya namun semuanya dipandang enteng atas asas itu laporan oleh PKR.
Lewat petang semalam, Chegu Bard telah dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau juga menegaskan bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengannya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik mereka disaat menjelang pilihanraya umum yang kian hampir.
"Tindakan ini bertujuan menarik perhatian pemimpin tertinggi agar di pilih menjadi wakil dalam pilihanraya nanti," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau./TVSNEWS


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Kempen Bebas Anwar Ibrahim 901 jelajah 10 negeri


anwar ibrahim

SHAH ALAM – Siri Jelajah kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, tujuan kempen diadakan bagi menunjukkan sokongan dan menuntut keadilan kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.
“Kempen bermula 18 Disember lalu bertujuan mengajak rakyat hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu.

"Kempen secara besar-besaran di Twitter, Facebook, dan blog turut berperanan penting sebagai saluran media alternatif untuk membina gelombang kebangkitan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini..
Katanya, AMK peringkat negeri juga diberi arahan untuk bersiap sedia dan mengadakan kempen kesedaran rakyat untuk menuntut keadilan kepada Anwar 9 Januari ini.
  Mohd Saifullah berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah perdana, ceramah kelompok dan secara edaran risalah.

Dalam pada itu, ketika ditanya anggaran sambutan yang bakal mereka terima pada 9 Januari nanti, Mohd Saifullah berkata, berdasar sambutan hangat rakyat, mereka yakin orang ramai akan hadir beramai-ramai menuntut keadilan kepada Anwar.
Semalam, laman portal berita Free Malaysian Today memberitahu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata kempen yang bermula di alam maya itu dan telah mencetak 500,000 risalah  yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.

Katanya, pada acara kemuncak nanti, program bersama pemuda Pakatan Rakyat juga sudah disusun mengikut negeri, malah pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat juga selesai.
Namun ujar Shamsul, perkara itu akan dijelaskan dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat./SinarHarian
 
KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Selasa, Disember 27, 2011

Najib Pening!!!!!! Dengan Anwar Ibrahim..

Dilema Najib Andai Anwar Di Penjara
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara.

Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak.
Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.
Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.

Kalau Anwar Dibebas...
Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.
Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.

Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.
Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib.
Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin.
Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.

Dilema Najib
Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.
Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.
Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.

Kalau Anwar dipenjara ...
Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.
Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut.

Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.

Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir.

Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono.
Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?.

Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?.
Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.
Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar.
Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.

Pilihanraya dan sistem dua parti
Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.
Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.

Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.

Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.
Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.
Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang.

Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.
Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.
Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.

Survival BN
PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.
Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.

Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.
Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara.
Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.

Media Baru
Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.

Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit.

Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.
Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.
Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.

Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam.
Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.

Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.
Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara.
Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini.

Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara./TVSNEWS

KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini.. 

    

Mahkamah berdepan pelbagai isu perlembagaan - Bernama


Mahkamah berdepan pelbagai isu perlembagaan
 
Badan kehakiman terus berdepan dalam menangani lebih banyak kes berhubung isu perlembagaan tahun ini terutama hak individu.
Awal bulan lepas, empat lelaki yang memilih kerjaya sebagai mak andam, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Mereka meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.
Hakim Rosnaini Saub membuat keputusan itu atas pendapat bahawa permohonan itu membabitkan pelbagai isu perlembagaan.
Bagaimanapun tarikh pendengaran permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka belum ditetapkan.

Dalam permohonan itu, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 25, menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguatkuasa syariah, ketua pendakwa raya syariah dan kerajaan negeri sebagai responden.
Antara lain, Seksyen 66 didakwa menafikan hak mereka dari segi kebebasan melahirkan perasaan masing-masing dan enakmen itu menyebabkannya sukar bergerak dan ini merupakan satu pelanggaran hak mengikut Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai mobiliti.
Mereka juga mendakwa seksyen itu juga melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih.

azlanDi KUALA TERENGGANU, Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lepas, gagal dalam permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz dalam MyKad.
Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhubung penukaran status jantina dalam dokumen pengenalan diri dengan hanya berdasarkan pembedahan menukar jantina ekoran ketiadaan peruntukan yang membenarkan mahkamah berbuat demikian.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf, yang berasal dari Seberang Takir, memfailkan permohonan itu pada 25 Mei selepas menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand keranamendakwa berdepan kesukaran untuk hidup secara normal sebagai seorang wanita, selain memudahkan beliau diterima masuk ke sebuah universiti tempatan.
Hakim Mohd Yazid juga memutuskaan bahawa Mohd Ashraf bukanlah wanita tulen walaupun beliau telah menjalani pembedahan menukar jantina.

Dua minggu selepas itu, Mohd Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung tidak stabil.
Satu lagi keputusan "mengejutkan" dibuat Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim memutuskan seksyen itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membuat keputusan itu setelah membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berdepan tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil bagi Parlimen Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.
Sementara itu Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, yang mengetuai panel itu menentang dan memutuskan bahawa larangan itu perlu bagi mengelakkan ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.

Bagaimanapun, Hakim Hishamuddin berpendapat seksyen itu tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut institusi pengajian tinggi.
azlanHakim Albert pula berkata seksyen itu melanggar Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara dan ekspresi.
Selain itu, perbicaraan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya pada 9 Jan depan bagi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tiga tahun lepas.
- Bernama
 
Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..