KUALA LUMPUR 23 Dis: Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung  siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk  dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana  berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati  tiada individu seperti yang dimaksudkan.
“Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini  hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih  isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dihubungi  Keadilandaily.com hari ini.
Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu
Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta.
Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk  pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network  Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010.
“Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian,” kata Rafizi.
Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman  penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan  rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU  akan datang.
“Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan  disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas  PRU.
“Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama  ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati  untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini,” katanya.
Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan  dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana  pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan  itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut  menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen  berkaitan.
Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah.
Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu  melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan  diperingkat Mahkamah Rayuan kelak.KeadilanDaily 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...