Selasa, Disember 27, 2011

Berita Paling Panas!!!! Terkini!!!!

Proses Mengalihkan Fail Sudah Bermula

PRU ke 13 semakin menghampiri, bila-bila masa sahaja Perdana Menteri boleh membubarkan parlimen. Angin ketakutan sudah bertiup kencang bahawa BN akan tumbang di Malaysia setelah 54 tahun berkuasa.

Pemerhati kami dibeberapa kementerian dan anak syarikat milik kerajaan Pusat melaporkan terdapat aliran keluar fail-fail dan proses memutihkan dokumen bagi memastikan aktiviti menelan wang dan harta rakyat sejak puluhan tahun oleh para pemimpin BN.

Aktiviti ini lebih ketara disyarikat-syarikat milik kerajaan Pusat kerana semasa kebobrokan mereka telah menyebabkan berbilion ringgit mengalir masuk ke poket para pemimpin BN.


Suasana panik juga semakin meresahkan individu-individu lantikan politik yang kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan apa-apa tetapi diletakkan dijawatan-jawatan profesional melalui "sahabat-sahabat".

Ketakutan pada bayang-bayang sendiri tidak dapat dilindung lagi, dan semakin ramai sudah menyamar "neutral" dan tidak berparti untuk menyelamatkan diri, sedangkan sebelum ini merekalah raja. Tapi lantikan politik BN dalam kementerian dan GLC senang diketahui kerana, hampir 100% lantikan sejak merdeka adalah lantikan adik beradik dan kawan-kawan dalam parti.

Pesan Kedah Time Bomb:
Jangan alih banyak sangat fail-fail tu, nanti terjatuh merata-rata, belum pun digali sudah terjumpa.

Oleh Kedah Time Bomb

Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng