Strategi PKR elak calon lompat parti
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, berbanding PRU 2008, pemilihan calon PKR pada kali ini dilihat lebih tersusun serta memiliki ramai yang berkelayakan dan berpontensi untuk diangkat sebagai wakil rakyat.
“Untuk calon kita melalui beberapa kriteria, antaranya kelayakan, penerimaan masyarakat terhadap kemungkinan menjadi calon dan ketaatan kepada parti, ini penting kerana PKR melalui episod yang tak berapa sedap sebelum ini, kita belajar melalui pengalaman,” katanya di sini semalam.
Sebelum ini empat Ahli Parlimen PKR menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat manakala lima di peringkat Dun melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.
Dalam pada itu Saifuddin berkata, pihaknya menerima sejumlah nama-nama calon yang dikemukakan dari saluran parti melalui peringkat Parlimen dan Dun manakala saluran kedua melibatkan pencarian dan permohonan.
“Kita masuk pusingan terakhir menjelang pilihan raya, PKR tidak akan melalui seperti PRU 2008 yang mana tak ramai yang sedia menjadi calon, puas pujuk, orang tak bersedia, nak marah tak boleh pilihan raya terdahulu Barisan Nasional (BN) menang besar, contoh (Parlimen) Subang dengan dan Kelana Jaya majoritinya lebih 10,000,” katanya.
Beliau berkata, peluang membaiki prestasi cerah memandangkan persiapan jauh lebih baik berbanding dua PRU sebelumnya kerana faktor penonjolan calon lebih awal, kerjasama gabungan Pakatan Rakyat dan tawaran dikemukakan kepada pengundi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bagaimanapun enggan mengulas mengenai ura-ura mengatakan beliau akan bertanding di Lembah Klang bagi memberi peluang kepada calon tempatan bertanding di Kelantan.SinarHarian
AMANAT DS ANWAR IBRAHIM MENJELANG PRU13 (wajib baca)
BANGSA KITA DIPECAH BELAHKAN DENGAN PANDANGAN POLITIK ORANG LAIN AKAN BERTEPUK TANGAN DENGAN MEGAH KERANA PERPECAHAN ITU
BalasPadam