KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan  penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan  beliau seorang yang tidak amanah.
Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama  Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat  guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain.
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,  Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai  responden.
Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai  Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada  rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut.
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah  hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah  tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan  tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendengar aduan penduduk di Taman Sentosa.
Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di  Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur  (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ.
Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut.
Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat.
“Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki,” katanya.KeadilanDaily

tau kira duit je..
BalasPadamhalal haram tak kira plk