
SHAH ALAM 16 DIS : Kajian seorang Pakar politik-ekonomi Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih senang menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding di era Barisan Nasional. Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan dibawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar "komisyen" kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek.
Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.
Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya-saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN.
Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.
"Akibatnya, golongan usahawan Melayu yang tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan dari komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.
"Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan," kata Edmund.
Beliau berkata demikian di dalam satu sessi forum ekonomi bertajuk "Malaysia's Economy : Are We Heading in the Right Direction?" (Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar?) di sini, baru-baru ini.
Turut hadir majlis tersebut pengarah eksekutif kumpulan pemikir Research for Social Advancement (REFSA) Teh Chi-Chang dan pakar ekonomi Dr Cheong Kee Cheok dari UM.
Exco Selangor Teresa Kok bertindak selaku moderator.
Edmund menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.
"Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir telah membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.
"Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai 10 perniagaan terbesar di Malaysia," katanya.
Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.
"Kita tengok, walaupun dibawah Dasar ekonomi Baru(DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu," jelasnya.TVSNEWS
Rakyat desak Anwar Ibrahim di bebaskan!!!

Senarai Blog...Geng
-
Remaja 19 tahun wariskan RM12 juta kepada rakan
-
HmetroBeijing: Seorang pelajar berusia 19 tahun dari China mencetuskan
perbincangan hangat dalam talian selepas membuat wasiat menyerahkan seluruh
harta ke...
7 jam yang lalu
-
Kemalangan Maut Di LPT, Pemandu Vios Dakwa Motosikal RXZ Ditunggang Laju
Sebelum Rempuh Dari Belakang Keretanya Sebelum Kejadiian
-
*KUANTAN*: Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan
empat penunggang motosikal Yamaha RXZ di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai
Ti...
14 jam yang lalu
-
TAHNIAH BN. TAPI INI BUKAN SELAMANYA
-
Rakyat Johor telah membuat pilihan. Berikut merupakan keputusan rasmi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
#mal...
22 jam yang lalu
-
Cerita pasca Pirane Johor (1)
-
*RENACANA*
Sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, saya sering
ditanya oleh rakan-rakan, sama ada secara berdepan ataupun menerus...
22 jam yang lalu
-
PENCERAHAN TONE WOW PARLIMEN MALAYSIA 2.0
-
@amrinor88 Had to share this with you Hit follow, join the fun #tiktoklive
#livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRi
2 minggu yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR
-
Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu
memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat
malapetaka ...
4 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI
-
#SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam
Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham
Islam ya...
4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2
-
Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat
MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas....
Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...
4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
-
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur
pagi t...
5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia
-
*Video courtesy of IBR Asia Group*
*-The office of MP for Shah Alam-*
www.khalidsamad.com
7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang y...
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...