Umno punca Indeks Persepsi Rasuah negara jatuh 
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mendakwa, Indeks Persepsi Rasuah negara  merudum tiga tahun berturut-turut disebabkan oleh pemimpin Umno yang  terlibat dengan pelbagai skandal.
Ketua Penerangannya, Ridhuan Mohd Nor berkata, hal ini terbukti apabila  Laporan Audit Negara 2010 mendapati pelbagai ketirisan dalam  perbelanjaan di kementerian dan agensi kerajaan.
"Tidak ada apa lagi yang rakyat boleh harapkan melainkan perubahan  mesti dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)," katanya  dalam kenyataan media, hari ini.
Selain itu, beliau mendakwa kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri  Shahrizat Abdul Jalil mempersoalkan siapa pemimpin Umno yang tiada  masalah, seperti mempersetujui bahawa tiada pemimpin parti itu yang  'bersih' dari sebarang skandal.
 Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharizat itu secara spontan menyindir semua pemimpin Umno.
"Sindiran itu seperti memberi peringatan kepada pemimpin Umno supaya  jangan berlagak bahawa mereka tidak ada apa-apa masalah dan selesa  dengan keadaan mereka.
“Skandal mereka belum terdedah dan masa akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno," katanya.
 Tambahnya, kes Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah  di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menjadi kayu ukur bahawa pemimpin  Umno sukar untuk dijadikan contoh dan teladan buat rakyat negara ini.SinarHarian 
Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...