Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 31, 2011

Tanpa Anwar Ibrahim, PKR tetap berjuang


Saifuddin Nasution
ALOR SETAR - Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 9 Januari depan, sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat persediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, apa jua keputusan kelak, perjuangan dan momentum parti tetap diteruskan.

“Persiapan tetap berjalan seperti biasa. Sama ada Anwar bersama kita atau tidak pada ketika itu, ianya tidak jejaskan fokus dan semangat untuk terus berjuang,” katanya ketika berucap pada Jamuan Dana Pilihan Raya Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) Derga, Parlimen Pokok Sena, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), malam semalam.

Menurutnya, selepas 12 tahun ahli dan penyokong PKR berjuang termasuk Anwar sendiri yang tidak henti-henti ditohmah dengan pelbagai fitnah, beliau yakin parti itu tetap mempunyai kekuatannya tersendiri.

“Saya percaya kita akan laluinya dengan baik. Semangat perjuangan ahli tidak akan terhakis dan sudah tiba masa kita ubah negara ke arah yang lebih baik,” katanya.

Saifuddin berkata, pihaknya juga yakin calon yang bakal diletakkan bertanding pada PRU13 adalah lebih baik, namun terpulang pada rakyat untuk membuat pilihan sekiranya mahu menggantikan kerajaan sedia ada.

“Sebab itu kali ini dalam kempen PRU13, PR perlu tunjukkan kekuatan yang ada seperti rekod urus tadbir cemerlang di negeri-negeri PR, pada masa sama dedahkan kepincangan dan skandal kepimpinan BN,” katanya.

Pada masa yang sama, Saifuddin turut mempersoal sistem pilihan raya berdemokrasi di negara ini yang tidak bersikap adil terhadap pembangkang, dan membuktikan Malaysia belum mencapai tahap kematangan politik./SinarHarian


KEMPEN Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...