Gambar fail
KUALA  LUMPUR, 25 Dis — Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) terbukti menjadi  bualan hangat dalam kalangan pengundi di kawasan pedalaman, jelas  pemimpin PKR yang merancang menggunakan isu berkenaan untuk meraih undi  pada pilihan raya akan datang.
The Malaysian Insider difahamkan Pakatan Rakyat, terutamanya  PKR sedang giat menjalankan kempen prapilihanraya dan menggunakan  skandal Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ini untuk meningkatkan  sokongan pengundi kepada mereka.
“Kami sebenarnya beruntung, NFC muncul tepat pada masanya, sebelum  ini kami sentiasa berusaha membuktikan contoh penyelewengan yang di  lakukan Umno-Barisan Nasional.
“Tapi dengan isu ini, kami mempunyai peluang keemasan untuk  meningkatkan sokongan terhadap kami, ... pada kami, kes Shahrizat ini  merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin  Umno .... rasuah, kronisma, dan politik wang,” kata Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider.
Pengarah Strategik PKR ini menjelaskan, “ujian” yang dijalankan  pemimpin parti ketika sesi ceramah menunjukkan peningkatan untuk  mengetengahkan skandal NFC, terutamanya pengundi luar bandar.
“Di Kemaman contohnya, kadangkala saya tidak menyebut berkenaan isu  NFC ini, penduduk kecewa. Penduduk kampung terutamanya masyarakat luar  bandar lebih berminat untuk memperkatakan tentang isu ini,” katanya.
“Ia merupakan isu yang berkaitan dengan mereka, isu kapal selam  sedikikt membingungkan, tapi dengan NFC-ia melibatkan lembu-berapa  banyak modal untuk menternak lembu dan bagaimana keuntungan dibuat  dengan menternak lembu.
“Setiap kali kami menyebut jumlah itu, masyarakat menjadi marah,” katanya.
Tambahnya lagi, PKR turut memastikan kronologi skandal tersebut akan  di hargai’ dan difahami oleh maysrakat melalui edaran phamphlete dan  poster.
PKR mula menyiasat berkenaan isu terbabit selepas Laporan Ketua Audit  Negara 2010 menjelaskan terdapat penyelewengan sejumlah RM250 juta dana  untuk penternakan lembu kebangsaan.
Sejak itu, parti berkenaan telah membuat beberapa siri pendedahan  berkaitan skandal terbabit termasuk pembelian dua kondominium mewah oleh  NFC di Bangsar, termasuk dana projek itu turut dikatakan membiayai  percutian Shahrizat dan keluarganya di luar negara.
Turut dikaitkan dengan penyelewengan berkenaan adalah terdapatnya  perpindahan wang yang tidak berkenaan terhadap sebuah syarikat di  Singapura, termasuk pembelian Mercedes-Benz CLS350 yang berjumlah  RM534,622, dan juga pembelian dua lot tanah di Putrajaya di Presint 10  bernilai RM3,363,507.
Pendedahan terbaru yang dibuat PKR adalah pada Selasa lalu,  mengaitkan sejumlah RM10 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah  di Singapura untuk keluarga Shahrizat.
Shahrizat cuba untuk menepis dakwaan terlibat dengan skandal terbabit  dengan mengatakan beliau “hanyalah isteri” kepada pengerusi projek  penternakan lembu berkenaan dan menyatakan skandal berkaitan tiada  kaitan dengan dirinya.
Ketua Wanita Umno ini turut dituntut untuk meletak jawatan sebagai  menteri termasuk partinya sendiri, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad selepas beberapa siri serangan daripada pembangkang  untuk projek yang “dianugerahkan” kepada suami dan tiga anaknya yang  merupakan pengarah dalam NFC.
Perkembangan terbaru skandal ini ialah polis telah menahan seorang  lelaki Khamis lalu yang dikatakan cuba untuk merasuah pegawai atasan  yang menyiasat kes berprofil tinggi itu dan Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia berkaitan dengan skandal NFC.
Mahkamah Majistrate membenarkan polis mereman lelaki berusia 45 tahun itu.
Menurut SPRM, lelaki berkenaan kini sedang disiasat oleh badan berkenaan kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal NFC.
SPRM turut merampas komputer dan beberapa dokumen dalam serbuan ke atas pejabat NFC Jumaat lalu.Difahamkan suspek merupakan ketua untuk sebuah firma perundingan dan menjalankan perniagaan teksi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Syed Ismail  Syed Azizan enggan mendedahkan dan mengesahkan suspek yang sedang disoal  siasat itu terlibat dengan NFC.
Beliau juga enggan memberikan penjelasan sama ada lelaki itu terlibat  dengan Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, yang juga suami  Shahrizat.
Kelmarin, NFC mengeluarkan kenyataan dan menafikan lelaki terbabit  terlibat dengan keluarga atau pernah bekerja dengan NFC. Syarikat  berkenaan sebelum itu menolak dakwaan SPRM menyerbu premis mereka,  sebaliknya menurut mereka, syarikat bekerjasama secara rasmi dengan SPRM  semasa lawatan itu.TheMalaysiaInsider
Kempen Nyatakan Sokongan Kepada DSAI KLIK Gambar Ini..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...