8 Disember 2011
1. Sejak semalam che'GuBard dihubungi beberapa pihak memohon penjelasan mengenai artikel di Malaysiakini (klik sini  untuk baca lanjut) Portal berita itu melaporkan kononya che'GuBard cuba  membayar seorang blogger upahan Umno dari menyiarkan video mengenai  che'GuBard.
2. Nampaknya ini strategi murahan  Umno melalui blogger-blogger upahan mereka. Fitnah dan penipuan menjadi  strategi utama mereka. Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan  mereka. Apa perlunya che'GuBard melayan saebuah blog yang penuh dengan  tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut. Jika benar sila sebut siapa  yang kononya dihantar oleh che'GuBard untuk kononya membeli blogger  tersebut ?
3. Kebanyakan blogger Umno ini  melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan  fitnah. Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat  beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana  fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang  jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam laporan  polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno  tersebut.
4. Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah.
5.  Menyentuh mengenai ugutan kononya akan mendedahkan video rakaman ketika  che'GuBard menonton video lucah bersama Rahim Thamby Chik dan  sekutunya. che'GuBard mempersilakan tayangan tersebut. Tidak ada apa  yang perlu diselindungkan. Semuanya telah che'GuBard perjelaskan dalam  kenyataan media mengenai video tersebut. (klik sini untuk membaca lanjut).
6. Sejak 24 Mac 2011 (dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah - ceramah kemudianya lagi)  dipertegaskan,betapa che'GuBard telah berusaha berpura-pura percaya  terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman  penuh video tersebut kerana berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh  itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video  tersebut dapat dibongkarkan. Eskay yang pada peringkat awal bersetuju  untuk menyerahkan video tersebut jika che'GuBard berjaya menyakinkan Dr.  Wan Azizah untuk menonton video tersebut. Namun setelah che'GuBard  nyatakan esoknya konon Dr. Wan Azizah setuju (walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Dr. Wan Azizah)  tiba - tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut.  Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada  ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain  dengan politik persepsi.
7. Tidak apa yang  perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton che'Gubard telah  memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya dan sebaik sahaja selesai  menonton telah pergi terus ke rumah Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai  apa berlaku di depan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah sendiri  termasuklah usaha menyakinkan Eskay untuk  cuba mendapatkan salinan  rakaman tersebut.
8. Persoalan kenapa  che'Gubard dipanggil ketika itu mungkin kerana ada pertembungan beberapa  isu yang dibangkitkan dengan parti pada ketika itu dan mereka  mengharapkan che'GuBard dapat diyakinkan untuk bersama menyerang Anwar  secara peribadi. Namun ditegaskan jika ini harapanya pasti mereka kecewa  kerana apa yang dibangkitkan pada ketika itu ialah isu prinsip ke arah  lebih memperkasakan parti dan bukan kerana ketidakpuasan hati secara  peribadi.
9. Video yang kononya akan disiarkan  itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana che'GuBard cuba menyakinkan  Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut  dan che'GuBard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan dimana ada komen  Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya  beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu. 
10.  Akhirnya semuanya saya telah rakam dan perjelaskan sepenuhnya dalam  buku FITNAH terbitan SAMM. Buku ini selain dari 'buku rujukan' lengkap  menjelaskan semua fitnah sejak 1998 (fitnah 50 Dalil-fitnah liwat  1-fitnah liwat 2 hinggalah fitnah video seks). Buku ini berjaya  memberikan penjelasan mudah dan ringkas menjawab siri fitnah Bn ini.  Buku ini telah masuk cetakan kedua dan boleh diperolehi secara pos (klik sini) atau di lokasi program melibatkan SAMM atau che'GuBard (klik sini)
11.  Penting juga perlu diperhatikan, selepas dari Eskay gagal melaksanakan  misi mempergunakan orang - orang dalam bagi menyerang Anwar Ibrahim.  Maka dia telah ke Bukit Aman menyerahkan salinan rakaman penuh video  tersebut. Eskay tegaskan di depan media bahawa video tersebut hanya  diserahkan kepada polis sahaja.
12. Selepas  pihak polis mendapat video tersebutlah maka video tersebut juga tersebar  juga di internet. Adakah polis terlibat ? Ini ada kemungkinan kerana  selepas itu banyak blogger pro Umno turut bebas menyiarkan video lucah  tanpa tindakan serius polis atau mana - mana agensi terbabit. Mereka  seolah dilindungi sepenuhnya. Ini tidak pelik jika merujuk kepada  kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengakui bahawa sememangnya polis dan  tentera terlibat dalam kerja politik Umno. (klik sini untuk baca lanjut).
13.  che'GuBard telah tegaskan selepas kenyataan media 7 April 2011 mengenai  perlunya anjakan paradigma politik tempatan dengan menghentikan politik  lucah yang tidak mendidik (klik sini) namun nampaknya Umno tidak boleh lari dari hakikat ini. (klik sini).  Ketika rakyat bergelut dengan perbagai masalah kehidupan seharian Umno  terus membayar blogger seperti ini untuk bermain cerita fitnah dan  lucah.
14. Umno nampaknya, menilai rendah  pemikiran rakyat Malaysia dengan terus bermain politik lucah dengan caci  maki dengan menaja blogger-blogger tertentu. Ada blogger dilaporkan  dibayar sehingga RM80,000 sebulan (klik sini).  Mereka sanggup membayar blogger untuk mencaci maki dan menyebar fitnah  termasuk lucah dari menggunakan dana tersebut dari membantu rakyat susah  di kawasan masing - masing. 
Sekian
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
Berikut adalah peluang pembiayaan 100% bagi Anda yang mencari pinjaman asli, Yayasan Keuangan Perusahaan LLC di sini untuk membantu.
BalasPadamMereka menawarkan pembiayaan 100%.
Mereka Bahkan Bisa Melakukan Industri Minyak dan Gas
Persyaratan: 1-30Yrs
Min / maks: $ 3000 - $ 10.000.000
Consumer Finance sekarang tersedia tanpa opsi pemeriksaan kredit.
Layanan lainnya termasuk
Pinjaman Pribadi
Pinjaman bisnis
Perbaiki dan Balik Pinjaman
Pinjaman Proyek
Pinjaman Modal
Memulai Pinjaman
Pinjaman Jembatan
Pendanaan Real Estat
Keuangan Peralatan (Semua Industri)
Keuangan Komersial
Pinjaman Rehab
Layanan Pedagang (Pemrosesan Kartu Kredit)
Pinjaman Modal Kerja
Pembiayaan Konsumen / Pelanggan (Mebel, Prosedur Medis, Perhiasan, Proyek konstruksi, atap)
Layanan Kredit
Catatan Pembelian (otomatis, rumah, catatan lainnya)
Pembiayaan Traktor
Pembiayaan Pertanian
Akuisisi Bisnis
Anjak
Pembiayaan Truk
Bagian Pembiayaan Trailer
Jika tidak terdaftar, tanyakan !!
Cepat dan dapatkan kualifikasi melalui: foundationfinancecompanyllc@gmail.com