Perkara itu diumumkan oleh peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair selepas bertemu dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama Timbalan Pendakwa Raya Wong Chiang Kiat di kamar hakim pada jam 3 petang tadi.
“Namun, pihak pendakwa membantah keras permohonan kami dan mendakwa ia bukan alasan yang kukuh. Berikutan itu, Hakim Zabidin membenarkan penangguhan kes sehingga Isnin ini.”
Karpal berkata tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Khamis dan Jumaat ini telah dikosongkan.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.MalaysiaKini
Kopi Power Untuk Anda!!!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...