Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 09, 2015

PAS TERENGGANU UGUT PKR..

Tidak tolak tanding semua kerusi

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tidak menolak untuk bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, jika terdapat usaha mengetepikan Pas khususnya dalam pakatan yang wujud ketika ini.


Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat menggambarkan, pihaknya seolah-olah bersedia menghadapi kemungkinan itu bersendirian, apatah lagi melalui desas-desus penubuhan PR 2.0 yang dikatakan akan meminggirkan penyertaan Pas.

PR 2.0 yang akan menggantikan PR dikatakan dianggotai PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia.
“Pas Terengganu tanpa ada rasa ragu-ragu, jika ada keputusan selain daripada itu (memutuskan hubungan dengan Pas), Pas Terengganu bersedia bila-bila masa untuk bertanding di lapan kawasan dan 32 Dun.

“Sebelum itu, Pas pernah bersendirian dan mempunyai kekuatan di Terengganu sebagai antara negeri kuat Pas yang pernah dua kali diberi kepercayaan memerintah. Kita bila-bila masa boleh menawarkan calon berkaliber yang berkemampuan untuk menjadi alternatif kepada Umno dan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

  Image result for tone excel


Bagaimanapun, kata Satiful Bahri, buat masa ini, hubungan kerjasama politik dengan PKR masih berjalan sebagaimana biasa.

Mengulas mengenai PKR yang seolah-olah memberi sokongan kepada Parti Pekerja Malaysia melalui kehadiran sepentas bersama pemimpin dari parti tersebut, beliau berkata, pihaknya tidak akan masuk campur dalam hal itu.

Katanya, selagi hubungan sedia ada masih kekal, kedua-dua pihak saling hormati antara satu sama lain.

Menurutnya, apa yang penting, Pas tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

“Pas tetap terus menjadi alternatif dan sebagai pengganti kepada Umno BN dalam PRU akan datang,” katanya.

sh

      

5 ulasan:

  1. Jangan buat lawaklah. Haji Hadi boleh perintah Terengganu sepenggal saje. Nampak sangat buruk perangai korang. Sendiri cari pasal, sendiri buat hal nak salahkan orang!!!

    BalasPadam
  2. Mana ader, ulamak kami maksum dan kami perlu wala atas segala keputusannya. Jangan nak tuduh kami kaki u-turn, tikam belakang dan kenyit mata dengan ameno. itu fitnah

    BalasPadam
  3. udah ler tu. jgn menipu.

    pru lepas dlm tahaluf siyasai pun korg letak calon kat kerusi2 pkr. tak khianat namanye?

    org munafiq takkan ngaku munafiq. dgr2 nak turut serta demo baju merah sbb nak satukan melayu?

    korg bacalah hadis Nabi saw tentang asobiyah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap yg kafir harbi lg assobiyah tu lah yg PAN dok dokongi bila tewas di muktamar!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...