Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 16, 2015

PAS TERASA GOYANG..DAN BUAT HIMPUNAN HIJAU...JEMPUT USTAZ AZHAR IDRUS..

Image result for ustaz azhar idrus
Selepas diheret dengan pelbagai konflik dalaman baik dengan rakan gabungan Pakatan Rakyat mahu pun kepimpinan parti itu sendiri, PAS hari ini melancarkan “Himpunan 60 Ribu” (H60K)

Himpunan yang akan berlangsung pada 17 Oktober itu nanti sebagai langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu, kata pengarahnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Matlamat berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat.

"Semua itu perlu sokongan serta dukungan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan," katanya pada sidang media khas Pelancaran Program "Himpunan 60 Ribu" (H60K) di Galeri Media Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut anggota Parlimen Pasir Mas itu lagi, himpunan tersebut juga ekoran desakan akar umbi supaya parti itu memberi penjelasan serta mengambil tindakan susulan selepas kemelut melanda.

"Ahli tuntut sesuatu dari kepimpinan. Ia datang dari suara semangat akar umbi untuk kukuhkan Pas dan tunjuk istiqamah pada parti PAS," katanya.

Kata Nik Abduh lagi, pada perhimpunan tersebut PAS juga akan menjemput semua parti untuk menyertai perhimpunan tersebut, termasuklah PKR, DAP dan BN

"Kita jemput semua parti politik, DAP, PKR, serta NGO," katanya.

Strategi sebelum PRU

Bagaimanapun, Nik Abduh turut menafikan perhimpunan tersebut sebagai respon kepada perhimpunan BERSIH 4 atau pun Baju Merah.

Perhimpunan 50 PAS itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, dan menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.

Pada himpunan tersebut juga PAS turut mengundang penceramah popular Azhar Idrus sebagai penyeri majlis.

Perhimpunan itu dilihat penting bagi menjana kembali kekuatan mereka di Kelantan bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.

Lebih-lebih lagi, PAS kini berdepan situasi berbeza apabila akan berdepan pencabar dalam keadaan ikon penting mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat.

PAS juga sedang berdepan krisis besar selepas sekumpulan bekas pemimpin kanannya yang tewas dalam pemilihan lalu kini membentuk sebuah parti Islam baru.

mk
      

6 ulasan:

  1. himpunan nak tunjuk egolah tu. tak beri manafaat pd umat. elok duit tu ko sumbang buat rumah rakyat yg masih tinggal dlm khemah.

    dulu dap kata nak buat masjid di satu kg. bila si amar dgr dia tetiba je kata kerajaan negeri dah ada peruntukkan. so nak tanya lah ni...

    MASJID TU DAH SIAP KE?

    BalasPadam
  2. Kita wajar sokong ulamak dari sokong puak taghut (dap)..biarla sedikit tinggal ahli, kami setia bersama pas..kpd2 pengampu dap dan pr, buka mata hati dan nilai sikap brother yg gila kuasa nk jd mb sgor dgn sikap dap yg anti hudud di klate.

    BalasPadam
  3. Kalau hati sudah dihijab oleh Allah tak boleh dibuat apa dah tn rambo...

    BalasPadam
  4. Kalau hati sudah dihijab oleh Allah tak boleh dibuat apa dah tn rambo...

    BalasPadam
  5. Nak gak jemput DAP? Apa dah jadi dengan label babi, kapir, anti hudud, anti islam, anti ulamak dan anti Tuan Presideng? Nak buat U-turn gak sebab tengok rakyat dah boh layan dengan PAS? Kenapa tak jemput UMNO yang tak sejahat Firaun tu? Kenapa sisihkan UMNO yang Tuan Presideng kata ada orang jeles sebab PAS berbincang dengan UMNO? Kenapa tak jemput UMNO yang Tuang Presideng mati2 kata akan menyokong RUU "Hudud" yang masih lagi dok diawang2an....no pun intended ye.... Baik punya konar baring....masa muktamar dulu cakap bukan main celupar lagi tapi sekarang dok kenyit2 mata dan nak gesel bahu dengan DAP? Nak rujuk balik ke? Tak dak rasa malu ke? Bukan ke malu tu sebahagian dari IMAN? Demi jawatan dan keduniaan, malu kasi simpan? Tahun depan baru kuar balik? Boleh ke gitu? Agak2 rakyat boleh caya ke?

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...