Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, September 10, 2015

PAS BUAT TINDAKAN SIA-SIA...

Pas

SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya dalam kawasan diwakili DAP pada pilihan raya akan datang hanyalah satu tindakan yang sia-sia apabila parti Islam itu bakal berdepan dengan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, walaupun Pas meletakkan calon bukan Melayu, namun peluang itu tetap tipis susulan kemenangan Pas sejak PRU12 adalah disebabkan faktor PR dan bukannya parti itu sendiri.

“Pada pilihan raya lalu, sokongan kepada calon Pas bukan kerana Pas, tetapi kerana semangat PR.

“Mengikut kajian saya, jelas bahawa Cina menyokong Pas bukan kerana dasar Pas, mereka sokong Pas kerana semangat Pakatan Rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempelawa Pas bertanding di kerusi yang diwakilinya di Dun Air Putih di Pulau Pinang, kelmarin.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan hasrat Pas itu kerana pandangan tersebut seolah-olah selaras dengan dasar baharu Pas terhadap DAP.

Image result for tone excel

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan juga berkeyakinan, pimpinan tertinggi Pas itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP susulan parti Islam itu tidak suka pembaziran kerana kehilangan deposit pilihan raya.

“Ia lebih kepada persaingan politik, saya tidak fikir Pas akan meletak calon di kawasan Cina...walaupun calon itu Cina, tapi bukan orang DAP, tapi masih tak dapat (menang). Kalau MCA yang Cina pun mereka tak terima, apatah lagi Cina yang mereka tengok tak tau nak ke mana.

“Ini lebih kepada latihan politik yang realistik, saya tidak fikir Pas akan mengambil risiko pembaziran,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, Pas dalam bahaya apabila kebanyakan kerusi yang dimenanginya khususnya di Selangor, Perak, Melaka dan Johor sejak PRU12 lalu merupakan kawasan campuran di mana 40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina.

“Saya fikir kalau Pas letak calon di kawasan DAP, saya yakin tiada banyak masalah, tapi kalau DAP letak calon dalam kawasan Pas, itu masalah.

“Sebagai contoh Dun Chempaka, kawasan Pas, Datuk Iskandar Abd Samad, kalau DAP letak calon, ada masalah, sebab kawasan itu 53 peratus saja Melayu dan 40 peratus adalah Cina,” katanya lagi.

sh

      

5 ulasan:

  1. PAS... ha ha, aku tau sangat statement macam tu sebab aku satu masa dulu antara orang yang hadir dalam mesyuarat kawasan.... kebanyakkan idea yang dikeluarkan tak pakai otak... jika ada idea yang boleh pakai.... otak- otak dalam mesyuarat tu pula tak boleh terjemah maksud yang nak disampaikan.... akhirnya nothing happen. Tapi kalau buat majlis makan nombor satu.... boleh tau berapa ekor lembu nak ditumbangkan, boleh jangka berapa periuk nasik nak ditanak.... tapi mesyuarat strategi hancur.... kalau orang bulan lepas beri idea, bulan ni orang tu juga kemukakan idea.... yang lain ingat nak balik peluk bini, tak pun nampak tilam bantal sebab esok nak kerja.

    WHAT A LOOSER PARTY.

    BalasPadam
  2. Walaupun TGHH kata perempuan agak kurang sesuai jd pemimpin tapi aku tetap tabek pd kak zizah kerana beliau tidak pernah tunduk pd DAP sptmana AMANAH yg sentiasa tunduk kepada DAP atau dgn kata lain AMANAH TAK PERNAH GAGAL UTK TUNDUK PADA DAP!!.. Amacam?

    BalasPadam
  3. Berkawan bukannya bermaksud kita tunduk bersahabat bukan juga bermaksud kita dalam genggamannya tetapi harus berfikir sebelum bertindak..
    ... jangan sesekali buat u turn
    ...semasa bercakap jangan guna otak lutut dan siku.
    ...pas jangan mengamal sikap membazir kecuali kamu mengamal ilmu syaiton.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok kalau betul2 tak tunduk.. aku nak tanya.. kalau DAP tak nak hudud PKR nak hudud.. AMANAH nak tolak ke sokong?.. Kalau sokong aku tabek tp kalau tolak berani ke?.. nanti DAP nk putuskan hubungan dgn presiden ehh pengerusi AMANAH .. ada berani ke bro?.. Sila jawab ye..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...