Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 29, 2015

PAS TOLAK BERSATU DENGAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA...

Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Pas mengharapkan PKR memahami pendirian parti itu yang tidak mahu menyertai Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengulangi penegasannya sebelum ini, Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, selagi DAP dan Amanah berada dalam pakatan tersebut, hasrat untuk melihat Pas bergabung tidak akan termakbul.

“Pendirian kita jelas, selagi ada DAP dan Amanah, kami tidak dapat bersama,” katanya kepada media ketika mengulas tawaran PKR yang masih mengharapkan Pas bekerjasama dalam Pakatan Harapan biarpun sebelum ini telah bertegas untuk tidak bekerjasama dalam satu kumpulan dengan mereka.

Kenyataan Mohd Amar itu yang selari dengan keputusan pucuk pimpinan menunjukkan seolah-olah mengharapkan PKR tidak lagi terus mengharapkan Pas akan menyertai kumpulan berkenaan.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perarakan tanglung anjuran Dewan Perniagaan Cina dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah dan presiden pertubuhan, Oie Poh Choon.

Mengulas mengenai kesediaan PKR untuk menjadi jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan  perbezaan pendapat, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya  menghormati niat murni Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Dalam masa yang sama, Mohd Amar menjelaskan, Pas menekankan sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan PKR.

“Hubungan PKR dengan DAP itu, kita tidak mahu masuk campur itu hak mereka,” katanya.

sh

      

1 ulasan:

  1. Kalau sudah macam tu PAS sepatutnya meletak semua jawatan yang disandang di negeri selangor supaya senang PKR buat keputusan janganlah mEnuduh PKR saja cari jalan untuk menidakkan hubungan PAS yang selalu ulangkan yang PAS hanya bergabung dengan PKR ,kalau ada maruah diri PAS hendak bertindak ikut lunas-lunas berakhlak bukanya memberi pelbagai alasan agar pengundi dan penyokong boleh terima alasan yang tidak boleh diterima dengan akal yang waras.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...