Isnin, September 07, 2015

LAWAK TERBARU DARI PARTI PAS...

PAS berhasrat untuk meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang dan kini parti itu sedang mengkaji secara mendalam mengenai rancangan itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi mewakili parti untuk kerusi itu, lapor Sinar Harian hari ini.

"Apabila kita sudah tidak ada kerjasama dengan DAP sekarang ini, sudah pasti pilihan raya umum akan datang mempunyai perhitungan lain daripada yang lalu.

"PAS tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon ita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihan Raya PAS dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam mewkili PAS," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu juga menyebut, Hadi mengakui PAS mempunyai ramai calon bukan Islam yang layak bertanding mewakili PAS selagi mereka mendukung dan menyokong konsep perjuangan parti.
Akhbar itu juga melaporkan Hadi berkata Islam berbeza dengan ideologi lain dan membenarkan orang bukan Islam menjadi menteri tetapi dari aspek eksekutif bukan pembuat dasar.

 Image result for tone excel

PAS diseru tumpu kerusi menang

Sementara itu dalam laporan yang lain, akhbar itu turut melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyeru PAS supaya menumpukan kepada kerusi dimenangi terlebih dahulu sebelum bercadang bertanding di kerusi DAP.

Katanya, PAS tidak perlu mengejar untuk menambah kerusi kerana kerusi yang dimenangi sebelum ini belum tentu kekal milik PAS, lapor akhbar itu lagi.

"Terpulang kalau PAS nak bertanding di mana-mana kerusi pun kerana ia sedikit pun tidak akan menggugat DAP.

"Tetapi sebelum ini, saya nasihatkan PAS supaya memberi fokus yang lebih terhadap kerusi dimenanginya dahulu, sebelum mahu tambah kerusi lain.

"Lihat sahaja di Negeri Sembilan, pada pilihan raya umum lalu, satu kerusi pun PAS tak menang. Macam nana pula mahu mahu tambah kerusi lagi," katanya seperti dilapor akhbar itu.

mk

4 ulasan:

  1. PAS na tambah kerusi kalah bukan kerusi menang.....?

    BalasPadam
  2. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ Siku dan lutut.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ISLE-ISLE

    BalasPadam
  3. pas adalah parti lucah yg penuh kata mengata, makian & cercaan. cakap aje lebih tapi melangkah 30 tahun kebelakang. pas parti yg menakutkan!

    BalasPadam
  4. PAS parti otak lembu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng