Isnin, September 14, 2015

ROS BUAT HAL DENGAN AMANAH...

ROS

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) terkejut kerana mendapat tahu pertukaran nama daripada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Amanah belum diluluskan.

"Kita telah menghantar permohonan menukar nama, logo, bendera dan beberapa pindaan struktur parti kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS)," kata setiausahanya, Anuar Tahir dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, RoS yang telah diberi amanah oleh kerajaan untuk mengurus pendaftaran pertubuhan termasuk parti-parti politik, akan menjalankan tugas mereka secara profesional.

"Saya akan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat ROS pada kadar segera untuk berbincang dan memberi penjelasan jika terdapat salah tanggapan dalam perkara ini," akhiri beliau.

Terdahulu, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, parti berkenaan dilarang untuk mengadakan sebarang aktiviti atas nama Amanah selagi pertukaran nama belum diluluskan pindaan oleh RoS.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini memberitahu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

[ARTIKEL BERKAITAN: Parti Amanah Negara dilarang buat aktiviti]

sh

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng