Senarai Blog...Geng

Isnin, September 28, 2015

PAKATAN HARAPAN ADALAH HARAPAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA...

Pakatan Harapan jadi blok baru pembangkang 

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14.

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian.

Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama.

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama.

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan jadi blok baru pembangkang]

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik.
Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka.

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya
Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat.
sh

4 ulasan:

  1. selepas PRU 14 nanti Amanah akan hilang tanpa nesan. kalau tak ada dana jangan mimpi disiang harilah. berapa lama Dap nak bantu, kalau dlm PRU14 nanti Amanah tak dpt sambutan Dap akan bye-bye kpd Amanah.
    Semasa pilihanraya semuanya memerlukan wang sama ada wang pertaruhan,ceramah, poster dan sebagainya, setakat bebekalkan air liur aje tak payah beranganlah.

    BalasPadam
  2. Selepas PRU 14 Kelantan akan diambil UMNO kerana pertandingan 3 Penjuru.
    TUNGUUUUUUUU

    BalasPadam

  3. Mereka yang mencari bantuan keuangan atau di mana untuk mendapatkan pinjaman bulan suci Ramadan ini, periksa Clara Pinjaman, karena saya baru saja pinjaman saya dari mereka sekarang. Saya bertemu mereka melalui Linkedin (Clara Pinjaman), dan saya mengikuti arahan mereka dan saya mendapat pinjaman saya hanya setelah membayar biaya penerimaan saya, yang bagian dari itu digunakan untuk membayar sedekah untuk anak-anak muslim pengungsi dari Suriah. Conact mereka untuk pinjaman Anda saat Anda membantu anak Suriah juga.

    Email: Claraloan@financier.com
    Website: Claraloans.wordpress.com

    BalasPadam
  4. Adakah anda memerlukan 100% Loan?
    Saya boleh memenuhi keperluan kewangan anda dengan masalah kurang pulangan itulah sebabnya kita dana anda untuk hanya 2%. Apa sahaja yang anda keadaan, bekerja sendiri, pesara, mempunyai penarafan kredit yang lemah, kami boleh membantu anda pinjaman yang paling cepat dalam masa kurang daripada satu jam.
    pembayaran yang fleksibel lebih 2 hingga 20 tahun.
    Hubungi kami melalui: ( kathleenfosterloanfirm@gmail.com ) OR ( kathleenfosterloanfirmUS@gmail.com )

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...