Sabtu, September 05, 2015

STRATEGI PERTAMA DARI KHALID AL WALID MALAYSIA..MEMBAWA KEMENANGAN..


My Photo 

Kemunculan Melalui Parti Pekerja Malaysia 

Selain program BERSIH 4, satu lagi berita hangat yang disiarkan di dada akhbar baru-baru ini adalah berhubung sidang media yang diadakan oleh gerakan Harapan Baru (HB) pada jam 3.00 petang 31 Ogos di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut telah dimaklumkan bahawa pimpinan gerakan HB telah kesemuanya menyertai sebuah parti lama yang bernama Parti Pekerja Malaysia. Melalui EGM yang telah diadakan pada 25hb Ogos, maka pemilihan saff pimpinan baru telah dilakukan untuk parti tersebut. Pimpinan gerakan Harapan Baru telah muncul sebagai pimpinan baru parti tersebut melalui EGM ini. Mesyuarat yang sama telah memutuskan bahawa nama dan logo parti akan diubah dan Islam diterima sebagai dasar perjuangan parti. Pindaan perlembagaan parti seterusnya akan dilakukan secara berperingkat.

Melalui tindakan ini maka gerakan HB telah mencapai matlamat mereka untuk muncul di pentas politik arus perdana melalui sebuah parti politik yang berjuang atas dasar Islam. Walaupun ianya bukan melalui sebuah parti baru yang ditubuhkan mereka sendiri, namun tetap melalui parti politik. Melalui tindakan ini, cita-cita untuk meneruskan perjuangan Islam dengan pendekatan mesra rakyat dan berhemah akan tetap dapat dicapai.

MENGAPA MELALUI PARTI SEDIADA?

 

http://rm20segera.com/?r=te2u 
Mungkin setelah menerima maklumat ini, ada yang bertanya, mengapa tidak tubuh sahaja parti baharu? Sebenarnya kita semua memahami bahawa di Negara ini proses pendaftaran parti baharu bukan sesuatu yang mudah. Ianya boleh dilengah-lengahkan sesuka hati pihak berkuasa tanpa sebarang sebab yang munasabah. Saya difahamkan parti IKATAN yang ditubuhkan TS Kadir Sheikh Fadhil telah mengambil masa hampir 3 tahun untuk didaftarkan. Itu dalam keadaan ianya tidak dilihat sebagai merbahaya terhadap BN dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, dari awal lagi, sambil menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru, iaitu ‘Parti Progresif Islam’, perundingan dengan ‘pemilik’ parti sediada telah diusahakan. Kita cukup memahami realiti politik negara dan bagaimana usaha ini akan disukarkan oleh pihak yang berkepentingan. Terdapat pihak yang sudah cukup selesa dengan suasana yang wujud sekarang di mana PR telah ditiadakan dan kemungkinan ianya muncul kembali adalah sesuatu yang hampir mustahil atas sebab sikap keras yang ditunjukkan PAS. Oleh yang demikian, usaha penubuhan sebuah parti Islam baru, yang mampu menghidupkan kembali suasana kekuatan gabungan parti pembangkang akan dihalang sepenuhnya oleh mereka.

Untuk mengatasi masalah ini maka pendekatan penyertaan dan pengubahan parti sediada adalah pendekatan yang terbaik. Lebih-lebih lagi apabila difahamai bahawa parti ini diperlukan untuk mewujudkan gabungan baru yang akan berhadapan dengan UMNO/BN dalam PRU ke 14. PRU ini mungkin akan diadakan dalam masa setahun dua ini, maka lebih cepat parti Islam yang baru ini dimunculkan, adalah lebih baik pada pandangan kami.

Namun demikian, usaha pendaftaran ‘Parti Progresif Islam’ akan diteruskan untuk melihat kecekapan dan keberkesanan pentadbiran pihak berkuasa. Sekiranya ianya diluluskan juga, ia boleh ‘disimpan’ dan tidak diaktifkan sekiranya semuanya berjalan baik dengan parti Amanah Negara.

Ada juga yang menegur nama ‘Parti Progresif Islam’. Dikatakan dulu kita kata ‘Islam Hadhari’ salah, tetapi sekarang dibawa Parti Progresif Islam? Apa beza Islam Hadhari dan Islam Progresif kata mereka!

Saya harap semua tahu membezakan antara ‘Progresif Islam’ dan ‘Islam Progresif’. ‘Progresif Islam’ bererti ‘progresif’ dicorakkan oleh Islam. ‘Islam progresif’ pula bererti Islam dicorakkan oleh ‘progresif’. Maka Parti Progresif Islam bererti parti yang bersifat progresif tetapi sifat progresifnya itu dicorakkan oleh Islam termasuk batas hukumnya.

PENUKARAN NAMA PARTI

Antara tajuk penting yang dibincangkan pada pagi 31 Ogos tersebut, sebelum sidang akhbar itu diadakan, adalah persoalan nama baharu untuk ‘Parti Pekerja Malaysia’. Dalam soal ini, isu nama Islam pada parti berkenaan dibahaskan. Ada yang menganggap bahawa amat penting untuk nama parti itu mengandungi kalimah ‘Islam’ supaya jelas dari awal matlamat dan dasar parti tersebut. Namun atas sebab pendirian pihak berkuasa seperti yang dinyatakan Zahid Hamidi diketahui semua, maka untuk mengelakkan proses pemohonan dan penolakkan yang membuang masa, maka diputuskan supaya memadai dasar Islam ditegaskan walaupun nama parti tidak menggunakan kalimah ‘Islam’.

Oleh itu akhirnya dipersetujui semua bahawa nama parti ditukar menjadi ‘Amanah Negara’. Ini sesuai dengan kefahaman bahawa kuasa politik dan kepimpinan adalah satu amanah terhadap rakyat dan Negara.

Dalam perbahasan berhubung nama baru parti, sebelum diputuskan dan dipersetujui kalimah ‘Islam’ tidak boleh diletakkan atas sebab dasar pemerintah semasa; maka terdapat juga cadangan untuk menggunakan nama parti ‘IMAN’ iaitu singkatan kepada ‘Islam Menggalas Amanah Negara’. Walaupun ianya juga kelihatan amat sesuai, lebih-lebih lagi apabila difahami bahawa IMAN itu adalah peringkat kepercayaan dan ketaatan yang lebih tinggi dari ISLAM, namun ianya terpaksa diketepikan. Ayat 14 Surah Al-Hujurat berbunyi;



Maksud ayat tersebut;

“Berkata orang-orang Arab: “Kami beriman”. Katakan (Wahai Muhammad): “Kamu tidak beriman tetapi katakan kami Islam”. Iman itu belum lagi memasuki hati-hati kamu, dan sekiranya kamu taat pada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mempersia-siakan mana-mana amalan kamu, sesungguhnya Allah Pengampun dan Pemurah.”

Kefahaman ini juga diperolehi melalui kalimah ‘Muslim’ dan ‘Mu’min’ di mana Mu’min itu adalah lebih tinggi martabatnya. Sudah pasti sekiranya parti baharu ini muncul sebagai parti ‘IMAN’ maka ianya akan mendiamkan segala sindiran dan kritikan dari parti ‘ISLAM’. Dan dengan itu akan tercapai satu ‘kemenangan’ dari awal lagi.

Namun kemenangan dari segi nama bukan yang terpenting. Lagi penting adalah kemunculan segera di pentas politik dan ‘kemenangan’ dari segi amalan dan tindakan. Dan inilah yang dimaksudkan dengan gesaan Allah melalui firmanNya “fastabiqul khairats” ia itu berlumba-lumba melakukan kebaikan.

HUJJAH PENGHARAMKAN PENGGUNAAN PERKATAAN ISLAM UNTUK PARTI POLITIK

Zahid Hamidi semakin pantas menzahirkan kemampuannya untuk menggantikan Ahmad Maslan sebagai icon Menteri yang kurang bijak. Dalam hujjah beliau berhubung penggunaan kalimah ‘Islam’ pada sesebuah parti politik, beliau menyebut, antara lain;

“Kesilapan dulu tidak wajar diulangi. Dengan adanya parti yang menggunakan kalimah Islam pada namanya maka timbul suasana di mana parti berkenaan mendakwa hanya dia sahaja adalah parti yang memperjuangkan Islam dan hanya ahlinya sahaja yang Islam. Ini merupakan keadaan yang tidak sihat dan tidak wajar digalakkan dengan diluluskan satu lagi parti bernama Islam”.

Walaupun bukan itu perkataannya secara verbatim, namun itulah maksud isi kandungan ucapan beliau. Kalau difikirkan secara rasional, masalah yang disebutkan akan diatasi dengan adanya beberapa parti Islam dan tidak dikekalkan hanya satu. Masalahnya timbul apabila ada hanya satu. Maka akan secara tidak langsungnya mendakwa hanya ia sahaja Islam.

Oleh itu saya beranggapan bahawa bukan itu sebab sebenarnya nama Islam tidak mahu dibenarkan, tetapi sebaliknya ‘status-quo’ hendak dikekalkan. Dengan diadakan hanya satu parti Islam dan hanya satu parti Melayu, maka sokongan terhadap UMNO/BN serta PAS dapat dikekalkan secara sediada. Dan sekiranya akhirnya tercapai kerjasama PAS UMNO yang diidam-idamkan, sokongan Melayu Islam dapat dikukuhkan sepenuhnya.

KESIMPULAN

Maka akhirnya tercapai juga apa yang diinginkan dengan adanya parti politik yang boleh dimanfaatkan untuk meneruskan perjuangan meletakkan parti Islam di persada politik arus perdana dan bukan lagi dipinggirannya seperti sebelum ini. Masalah pertukaran nama dan perlembagaan akan diuruskan seterusnya. Buat masa ini, sehingga nama baru dan pindaan perlembagaan diluluskan, ianya akan bergerak di dalam keadaan sediada, tetapi hasrat, dasar dan matlamat perjuangan diketahui semua.

Adalah diharap, semua yang inginkan perubahan politik dan ekonomi Negara ke arah yang lebih baik, yang lebih selari dengan kehendak Islam, akan bersama dengan parti Amanah Negara ini. Samada beragama Islam atau tidak, yang Melayu ataupun bukan Melayu; kami yakin bahawa prinsip-prinsip keadilan politik, ekonomi dan sosial Islam yang diperjuangkan Amanah Negara boleh diterima secara relanya dan dipersetujui semua; insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

6 ulasan:

  1. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ siku dan lutut.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ISLE-ISLE

    BalasPadam
  2. no coment.... aku fenin dgn depa ni.... mula pasma lps tu g18 lepas tu gerakan hamparan baru lepas tu PIP lepas tu PAN lepas tu Parti cap changkul... apa punya gimik ni... ooo lupa geng pro kan... byk gimik untuk jadi ternama... jgn jadi Party bendera hitam karbala cap janggut panjang dah le

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa kau nak pening bro. Bagi lah peluang depa tubuhkan parti dulu. Apa nama pun tak perlu kau sibuk2 bro. Kalau kau nak sokong Pas ka pis ka itu kau punya hal la. Apa pun bagi peluang depa buat dulu. Kot2 kau ni ni geng Pas pis pus kot...

      Padam
  3. Aku sentiasa positif apabila ada pihak yang ingin buka parti baru bagi menggantikan parti lama yang kelihatannya telah makin usang dan membusuk. Aku hanya boleh doakan semoga parti baru ini berjaya membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat keseluruhannya. Amin Ya Rob. Mudah2an Pas akan berlapang dada membiarkan mereka yang telah disisihkan ini mencari haluan sendiri. Lagipun Pas tak perlulah susah hati sangat kerana objektif parti baru ini ditubuhkan adalah untuk menjatuhkan rejim amno dan tidak sedikitpun mengganggu gugat Pas. Pas teruskanlah cita2 mereka dan baikilah perpaduan dalaman Pas yang aku lihat ada banyak masalah di dalamnya. Baiah2 dan walak2 tu buanglah kerana benda inilah yang akan memusnahkan Pas sedikit demi sedikit kerana ia akan menakutkan orang ramai untuk mendekati Pas. Minta Pas janganlah membina semula tembok batu setinggi langit yang sebelum ini telah berjaya diruntuhkan oleh presiden yang terdahulu. Ingatlah, Pas hanya boleh hidup lama jika ada sokongan rakyat. Pas tidak boleh hidup lama jika hanya mengharapkan golongan ulamak menerajui parti itu tanpa bantuan golongan muda dan mereka yang profesional.

    Mudah2an parti AMANAH akan berjaya menjadi parti yang unggul di Malaysia suatu hari nanti. Rakyat marhaen sentiasa membuka ruang untuk parti AMANAH. AMIN

    BalasPadam
  4. khalid al walid bila dipecat tak tubuh parti baru ...lawaknya ko nie.....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng