Rabu, September 23, 2015

Khalid Samad sanggah Ustaz Hadi Awang

 Image result for khalid samad
Kerjasama Dengan 'Pengkhianat'

Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai ‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.ISU ‘PENGKHIANAT’Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Ustaz Hadi Awang, Presiden PAS.

Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh berkerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.Video ucapan Presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai PR 2.0. Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan atas ketidak bersamaan PAS dalam pembentukan PR 2.0, sedangkan pada hakikatnya Presiden sudah tidak berminat dengan PR dan lebih berminat untuk berkerjasama dengan ‘pihak lawan’.

PEMIKIRAN PRESIDEN PAS

Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap ‘pengkhianat’ ini tidak mampu menghalang Presiden PAS untuk sendiri mengkhianati PR. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali! Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS ‘dikhianati’, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?

Adakah mungkin Presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat samada Kawasan, Negeri dan Pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR tetapi atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon UMNO/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS! Tidakkah itu satu pengkhianatan? Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai?

Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr. Nasir sebagai manusia yang ‘mempertuhankan Marx’? Sedangkan jumpa dan berbincang dengan Dr. Nasir sekali pun tidak pernah! Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan UMNO/BN dan kekalahan PKR!Sepertimana juga dengan tuduhan liar ‘pil kuda’ tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR.

Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain ‘pengkhianat’ seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku. Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS! Sedangkan membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS! Namun apakan daya, apabila dianggap PAS boleh buat sesuka hatinya kerana ianya PAS kerana hanya PAS yang Islam.

PENGKHIANATAN TERBESAR: TERTUBUHNYA KERAJAAN PAS/UMNO DI SELANGOR

Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila Presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan UMNO untuk pertahankan TSKI sebagai MB Selangor semasa krisis MB Selangor yang lepas. Melalui tindakan beliau, TSKI telah memecat semua exco PKR dan DAP! Kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu!Akhirnya kerajaan PAS/UMNO dengan TSKI telah dijatuhkan apabila 2 ADUN PAS menyatakan mereka tidak sokong TSKI sebagai MB.

Mereka berdua telah menanda-tangani Surat Akuan Sumpah menyokong DS Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP. Kemarahan Presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “Broker dan Barua” serta tuduhan 2 ADUN dibeli mengumukakan sebarang bukti mahu pun saksi. Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, Presiden PAS telah menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain. Ini akan dilakukan setelah TSKI memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh 6 bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan TSKI sebagai MB untuk tempoh 6 bulan dan menggantikannya dengan Azmin sekiranya usaha PAS ini disokong UMNO.

Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa 2 ADUN yang pasti tidak akan sokong). Dan sekiranya dicampur dengan TSKI dan Azmin bersama 3 lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN.

Sedangkan 29 diperlukan untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh UMNO yang mempunyai 12 kerusi ADUN!

KESIMPULAN

Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan ‘pengkhianat’ maka sudah pasti yang pertama tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.Bagi kami dalam Amanah, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat. Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan Negara?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

18 ulasan:

  1. Tidak heran dgn tulisan sebegini kerana sejak dlm PAS sehingga ke luar PAS beginilah nada tulisannya..

    Sdgkn bila DAP memutuskan hubungan dgn Presiden dia boleh selamba sokong LGE... ini khianat ke tidak?. Ini belum lg sbg AJK (khianat) tak pernah pun dgr dia sokong hudud melainkan mengiyakan apa yg DAP setuju.. Kalau sikap begini menyebabkn AMAnaH boleh bertahan lama.. saya tak perlu komen apa2..

    Sekurang2nya bila pengkhinat tuduh PAS inginkan UMNO lebih dr PR, kenapa PAS lawan jgk UMNO di Rompin? Ada ke dia pernah komen ttg kejayaan PAS membuktikan tiada UG bila berani melawan UMNO di Rompin? Jelas dia tidak gembira bila PAS lwn UMNO kerana G18 sampai hari ni GAGAL kemukakan bukti bhw mereka keldai tunggangan DAP spt yg PAS selalu war2kan.. kalau x percaya cuba bg satu contoh bilakah Khalid Samad atau G18 pernah menyanggah pendapat LGE sptmana dia menyanggah pendapat TGHA spt di atas?

    So siapa pengkhianat sebenarnya.. yg berani sanggah DAP dan UMNO (PAS) atau yg berani langgar sumpah (G18)?

    BalasPadam
  2. Alasan kota damansara jer yg modal ade .. hihihi. Kes ap pom sandaran kota damansara . Setuju pkr tp calon psm kikiki. Org x akal jer blh terima ...

    BalasPadam
  3. lupakanlah pas tu

    pas tu parti je bukan agama

    apa khalid samad ckp tu betul.... semua exco pas diselangor setuju itu betul

    dah... tk perlu tkasub dgn hj hadi laaa.... hentikan taksub pada dia... dia manusia biasa

    pas pun hentikan la sebut pasal amanah

    tkde keje dah ke

    hudud pergi fokus sampai berjaya terlaksana... umat akan sokong pas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana lebih pengkhianat.. taksub kpd TGHH atau taksub kpd LGE?

      Padam
    2. Apa punya mangkuk hayun soalan ni? Aku tak nak taksub dgn sesapa melainkan Allah !! Hoi bangang yg kau nak taksub dgn TGHH dapat apa, dapat masuk syurga ke ?? Hahaha dah sesatttttt sangat tuh !!

      Padam
  4. Kau je yg taksub kat presideng kau..bunyi mdesir mcm ulau tedung nk smbur bisa tapi hapah pun tara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nape x jawab soklang aku.?

      Padam
    2. Soalan bodoh macam tuh , malas org nak layan laaa !!

      Padam
  5. Apalah kau Khalid, HHA kan maksum? Apa yg dia buat tak salah tp apa yg kau buat salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pd khalid bkn HHA tp LGE kut yg maksum..

      Padam
  6. Apalah kau Khalid, HHA kan maksum? Apa yg dia buat tak salah tp apa yg kau buat salah.

    BalasPadam
  7. adakah kalau ada perjanjian dengan bukan islam boleh kita langgar perjanjian tersebut disebabkan dia bukan islam...hadi pun dah suruh diorang ni keluar dan halau dari pas jadi buat apa bising-bisig lagi...teruskan langkah anda AMANAH pedulikan PAS..yg penting apa yang anda buat perlu di atas landasan betul, kalau tak org pun tolak nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  8. Ada sape2 sini yg nmpk TGHA langgar perjanjian dgn LGE? Yg aku nampak sebaliknya ada lah.. surat sama2 sign off sebelum PRU13, tapi LGE yg mungkir janji atau khianat pd perjuangan serta hak demokrasi PAS utk bentang hudud.. aku rasa korang ni dah kena pukau dek Khalid Samad nih.. hahaha..

    Oh yea satu lagi.. ada sape2 pernah dengar G18 komen apa2 tak pasal surat tu? Mana berani beb.. sekali LGE berdehem reaksi puak G18 nih seolah2 macam malaikat 44 lalu.. senyap sunyi sampaikan tapak kaki semut pun kita boleh dengar..

    Last.. G18 keluar PAS sebab diaorg kata TGHA halau.. hakikatnya mereka kalah atau tewas atau kecundang masa muktamar. "Terima kasih" pada LGE kerana memutuskan hubungan dgn presiden.. sangka beliau awalnya ahli2 PAS pun x sokong presiden.. silap langkah lah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Setuju tu.. ianya silap langkah.. tapi ada ke G18 berani salahkan LGE bab silap tektik ni?.. Mintak mahap la kalau diaorg ada tulorr.. Mcm biasa yg kita dengar, dgn bangsa sendiri garang bak singa, dgn bangsa lain terutama cina mereka menikus sepjg masa.. So spt yg aku kata dulu apa bezanya mereka ni dgn UMNO? Betulkan?

      Malah UMNO pun ada persamaan pendapat dari segi hudud iaitu macam G18 (AMAnaH DAP) jgk.. mereka rasa hudud belum atau x sesuai lagi di mesia nih.. aku rasa pasti ada macai G18 berani menyanggah pendapat aku ni... asalkan ianya bukan pendapat DAP yg mana mereka x berani langsung menyanggahnya!!

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng