Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 15, 2015

PAS TIDAK AKAN BERI JALAN KEPADA PARTI AMANAH NEGARA..


 Nasrudin Hassan


PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.

"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.

"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.

"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

mk
      

2 ulasan:

  1. Syabas! PAS memang mampu memerintah negara da menangajoriti mudah!

    BalasPadam
  2. Azmin Ali berbaik dgn PAS mungkin setakat 3 bulan sebelum pilihanraya umum bagi menjamin kepentingan PR di Selangor. TAPI Bila nak PRU percayalah PKR akan lebih mesra dgn Amanah dan DAP kerana survival. Masa dekan PRU akan NGANGA la PAS

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...