Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, September 06, 2015

PANAS!!!! LAGI AHLI PAS KELUAR PARTI...

80 lagi ahli Pas Johor keluar parti

SEGAMAT - Susulan peletakan jawatan kepimpinan tertinggi Pas di negeri ini untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia, kira-kira seramai 80 ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis pula yang bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bekas Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Labis, Md Zin Johar berkata, kesemua mereka juga telah bersetuju untuk terus berkhidmat kepada rakyat menerusi parti baharu ini selain memperkuatkan semula Pakatan Rakyat (PR).

“Setelah mengambil perkiraan yang panjang dan meneliti kesan positif dan negatif untuk bergerak melakukan kerja di masa hadapan, kami yang ada pada hari ini (kelmarin) mengumumkan untuk keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia ini.

“Usaha ini diambil bagi membolehkan sahabat-sahabat yang masih berada di dalam Pas memilih kepimpinan baharu yang dirasakan sesuai untuk terus memimpin Pas kawasan berdasarkan halatuju dan kompas politik yang ditetapkan oleh Presiden Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatan oleh kepimpinan Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis di Hotel Golden Lake, di sini, petang semalam.
Turut hadir semasa sidang media khas tersebut ialah Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Negeri Johor, Aminolhuda Hassan.

Menurutnya, beliau juga turut berharap agar ukhuwah di antara mereka dengan ahli-ahli Pas yang lain juga akan berkekalan sampai bila-bila dan sama sekali tidak akan pernah bersetuju terhadap sebarang usaha untuk mengeruhkan hubungan kekeluargaan di antara mereka.

  Image result for tone excel


“Harapan ini wajib dijelaskan kerana perbezaan antara kami dan rakan-rakan dalam Pas hanyalah platform perjuangan. Apa yang lebih penting kami akan istiqamah membawa agenda perjuangan Islam yang lebih inklusif.

“Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman serta akan terus komited membina negara yang kuat dan bebas rasuah serta penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Pada masa sama, mereka juga turut berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli Pas Kawasan Segamat, Sekijang dan Labis selama ini dan menjangkakan lebih ramai yang akan menyertai mereka selepas ini.

Menurutnya, mereka juga yakin bahawa parti baharu ini turut mengambil kira unsur-unsur inklusif yang mengambil berat demokrasi dan progresif di dalamnya kerana dan akan bergerak seiring serta tampil dengan penjelasan terkini isu-isu semasa.

“Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan aya menyeru semua pihak agar memberi ruang dan peluang kepada parti baharu ini untuk memberikan khidmat baktinya kepada seluruh rakyat Malaysia agar matlamat kita untuk menumbangkan BN akan tercapai pada PRU14 nanti,” katanya.

sh

3 ulasan:

  1. Tindakan ahli tersebut adalah pembersihan parti hehehe presiden PAS suka sangat yang tinggal ular2makk yang siok dengan bini orang sebab pas adalah pcb - parti cerai bini

    BalasPadam
  2. Sebagai seorang yang berasal dari Segamat, saya mengucapkan setinggi tinggi thaniah kepada bekas warga PAS Segamat yang sudi meninggalkan PAS-chai. Ingat bahawa maruah dan harga diri perlu di jaga. Tak kan setelah TUANG Presiden menghamburkan pelbagai kata kata kesat kepada "KESEMUA" para ahli PAS, masih lagi nak bergayut dengan PAS-chai. Kalau masih juga, tak tau lah!!!

    BalasPadam
  3. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua. Teringat saya kemain seronok lebai-lebai mengundi mengikut Cai masa muktamar. Tak malu ke dan begitu ke akhlak islam

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...