Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 08, 2015

PIJAK GAMBAR : BAPA GADIS YANG SERTAI BERSIH4.0 MEMINTA MAAF..

Image result for bersih 4

Dua peserta BERSIH yang didakwa memijak gambar perdana menteri dan presiden PAS hari ini tampil menyerah diri kepada Bukit Aman.

Ketua bahagian siasatan jenayah polis Zainuddin Ahmad mengesahkan mereka berbuat demikian pada jam 11 pagi ini, lapor China Press.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mencetuskan kebimbangan awam.

Guang Ming Daily pula melaporkan gadis 15 tahun dan lelaki 20 tahun itu kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat dirakamkan.

Mereka dibenarkan beredar pada jam 4.05 petang.

 Image result for tone excel

Bapa gadis itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata anaknya hadir ke perhimpunan itu dengan kawan-kawan tanpa pengetahuannya.

Beliau meminta maaf atas tingkah laku itu.

mk

1 ulasan:

  1. Budak lagi... Maaf saja lah.

    Ini bebende kechik pon.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...