Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 29, 2015

PANAS!! : PAS SELANGOR BUAT U-TURN..PULAK..


 Mohd Khairuddin Othman


SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.
 
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.
 
“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.
 
“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.
 
Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.
 
Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.
 
“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.
 
“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.
 
Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama.
 
“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi.

sh

      

3 ulasan:

  1. Bebudak BODOH PAS tak mau hilang Gaji Elaoun makan Gaji Buta lah Abang....

    Ini Otak Standard Melayu lah

    Kepqla Otak !!!!!!!

    BalasPadam
  2. sesiapa yang tak faham dengan politik lagi bodoh dan bapak kepada segala bangang , diorang dulu di pilih melalui pilihanraya dan disahkan oleh perlembagaan, selagi mereka tidak dipecat dan tidak meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan undang-undang mereka masih lagi wakil rakyat yang sah apa yang uta hati macam babi yang makan muntah sendiri tu pasal apa, walaupun mereka tak sehaluan tetapi adab dalam pentadbiran perlu diteruskan bukan cam, anon di atas yang buta politik, gaji mereka sebagai wakil rakyat memang telah termaktub dalam perlembagaan (anon diatas ni baru keluar dari hutan ke tak tahu perlembagaan atau anon di atas ni orang asli @ sakai @ jakun @ semang @ senoi @ kadazan hutan @ masai afrika tak pun baru bertukar menjadi manusia selepas selama ni menjadi babi hutan ? )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh pakai ke lagi cakap pemimpin2 PAS ni? Rakyat boleh lagi ke pegang janji2 orang2 PAS ni? Tak ada tahaluf siyasi tapi masih lagi bekerjasama secara politik? Ni orang mabuk ke yang bagi hujah ni? Ianya ibarat cakap tak minum arak tapi kat tangan ada segelas beer dan kat mulut tu ada buih beer lagi!!! Yang budak tanpa nama 7:51 tu pun lagi bangang, kita cerita pasal jawatan exco dia belit pulak pasal elaun adun. Tu lah...gelar orang bodoh...tup2 awak yang rupanya lagi bodoh..bukan aje bodoh tapi sombong pastu berlagak alim pulak tu... Macamana alim pun, takda ajaran dalam Islam benarkan kita putarbelit fakta pastu kasi tunggang terbalik berhujah membenarkan sesuatu yang korang sendiri dah haramkan.

      Tak lagi bertahaluf siyasi dengan DAP tapi masih bekerjasama dengan mereka ibarat dah bercerai tapi dok tidur sekatil dan tinggal serumah. Islam ada ajar macam tu ke? Benci sesangat kat babi tapi bila sangkut pasal duit dan jawatan sanggup berbaik2 dengan puak2 yang kamu selalu sangat gelarkan dengan perkataan babi ye? Duit punya pasal, islam ke mana, maruah pun kasi simpan bawah bantal. Bila nak pilihanraya atau nak rebut jawatan masa muktamar, baru lah kuar balik cerita2 Islam, iman, maruah, walak dan sebagainya.... Malunya dengan perangai2 orang2 yang perasan mereka lah pejuang2 dan penolong2 Islam. Bila di hulur duit, Islam dan iman terus hilang...Ini bukan perangai orang walak tapi ini perangai orang yang "wahan"!

      Nick.
      Cape Tiger.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...