Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 01, 2015

MAT SABU AKHIRNYA KELUAR PAS..

Harapan Baru kini parti politik ‎

KUALA LUMPUR - Pengerusi Harapan Baru (HB), Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Parti Amanah Negara (Amanah) digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.

Bekas timbalan presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih dan akan menjenamakan semula sebuah parti politik sedia ada iaitu Parti Pekerja-pekerja Malaysia sebagai Amanah, dan butirannya akan diserah kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.

"Kami telah memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja...apa pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita kemukakan kepada RoS dan kemudian akan dilancarkan pada 16 September 2015. 
"Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air," katanya dalam sidang media di sini.

HB merupakan platform bagi golongan profesional Pas yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas. 
Mat Sabu berkata, kesemua keanggotaan mereka dalam Pas secara rasminya gugur sejurus HB mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu.
  Image result for tone excel
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan.

Pada sidang media sama, Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden Pas, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda.


Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa itu ialah Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Ani sebagai bendahari agung dan bekas ketua pemuda Pas, Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi.

Sementara itu, antara bekas pemimpin Pas yang tersenarai sebagai anggota jawatankuasa Amanah ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Sepang, Mohd Hanifa Maidin, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin, dan Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. 
Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan menunggu kelulusan RoS sebelum mula membincangkan dengan DAP dan PKR tentang penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.
Selain itu, mereka juga akan melihat perkembangan terkini mengenai situasi di Sarawak sebelum memutuskan untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya negeri yang dijangka dalam masa terdekat.

Tambahnya, buat masa ini, Amanah akan mengadakan kerjasama politik dengan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang masing-masing dipimpin DAP, PKR dan Pas.

sh

5 ulasan:

  1. kerjasama dgn kn Kelantan? tak payahlah...

    mcm mana org yg amanah nak kerjasama dgn org yg tak amanah?

    nanti kena sabotaj, fitnah dan mcm2. fitnah dulu pun tak selesai lg..

    selagi tak jwb soalan YB Husam tu ari, jauhkan diri dr kepimpinan Kelantan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baiah (sumpah dgn Allah) pun GHB selamba je langgar inikan pula dgn kerajaan kelantan.. pasti juga senang nak mengaku 'amanah' wpun hakikatnya sebaliknya..

      Padam
  2. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktamar dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro, sebelum muktamar suruh keluar parti TAPI bila nak tubuh GHB slps muktamar mereka mula MEROYAN
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor dan kutuk PKR tp masih mau bersama-sama geng PKR takut parti lenyap pengaruh.
    7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula MACAM seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
  3. Nak.mintak tolong

    Ayoh hing daftarkan perkasa sebagai party politik...

    Tolonglah pecah undi umno yg dah kepala besar

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...