Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 16, 2015

PANAS!!! : AHLI PAS SEUMUR HIDUP DARI TRG KELUAR PARTI...

 Othman Ismail
 
KUALA TERENGGANU - Ahli Pas seumur hidup, Othman Ismail mengumumkan keluar parti Pas yang disertainya sejak 1979.
 
Beliau yang juga Ketua Pasma Parlimen Kuala Terengganu memberitahu akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dengan segera bagi memaklumkan mengenai keputusan tersebut.
 
“Keputusan keluar parti adalah berdasarkan persefahaman, iaitu semua dan penyokong Pasma keluar Pas,” katanya.
 
Bagaimanapun, pengumuman awal mengenai perkara itu telah dibuat melalui laman Facebooknya, Rahmat Wel, kelmarin dan tindakan itu selari dengan kenyataan Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, untuk menggerakkan usaha mewujudkan sebuah parti baharu.
 
Dalam laman tersebut, Othman dengan nombor keahlian Pas 0155213 memberitahu, beliau, isteri serta tujuh anak yang kesemuanya ahli Pas mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut disebabkan Pas yang didakwanya telah menyimpang jauh dari tujuan dan matlamat asal dengan PR.
 
Othman berkata, sudah ada ahli Pasma yang merupakan ahli Pas sebelum ini mengambil keputusan sama meninggalkan parti itu sambil memberitahu, tindakan yang dilakukan beliau itu juga akan turut disusuli lebih ramai ahli Pas lain selepas ini.
 
Ditanya mengenai saingan pihaknya mendapatkan keahlian bagi parti baharu di Terengganu, Othman berkata, beberapa orang berpengaruh khususnya kumpulan erdogan dalam Pas didakwa olehnya akan turut menyertai parti baharu itu.
 
Enggan mendedahkan nama mereka yang terlibat, beliau hanya memberitahu ia terdiri daripada ahli dan pimpinan Pas, termasuk veteran di samping mereka yang juga merupakan golongan profesional, ustaz serta wakil rakyat.
 
sh

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Eloklah keluar pas kalau hanya kerana mendapati pas lari dr perjuangan atau matlamat asal pr. Tak payah peduli kalau ada org nak bawak pas lari dari perjuangan asal pas itu sendiri..

    BalasPadam
  3. oo...

    i see i see...

    ingatkan pas dah lari dari perjuangan asalnya...

    rupa-rupanya pas didakwanya telah menyimpang jauh dari tujuan dan matlamat asal dengan PR...

    BalasPadam
  4. Nmpok cerdik tpi bila cakap jelas bodo..kluar pas sebab pas lari dri prjuangan pr bkan lari dri prjuangang islam...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...