Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 27, 2015

HOT!! : ASB bernilai RM7j dibekukan

 Wang
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai lebih RM7 juta milik pemegang Sijil Anak Negeri Sabah yang palsu.
 
Jumlah itu melibatkan 14 individu yang dipanggil oleh SPRM Sabah baru-baru ini.

Seramai 34 pemegang Sijil Anak Negeri Sabah setakat semalam.

"Akaun ini dibekukan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," kata sumber.

Pemegang-pemegang Sijil Anak Negeri yang dianggap sebagai Bumiputera Sabah antara lain boleh memohon mendapatkan keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputera Sabah, termasuk mendapatkan simpanan ASB.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen tidak sah.
 
Laporan semalam menyebut SPRM Sabah telah menahan seorang lelaki kerana dipercayai memiliki Sijil Anak Negeri Sabah yang dipalsukan, memiliki kira-kira 300 geran tanah.
Hartanah ini diperoleh dengan menggunakan Sijil Anak Negeri.

Keluasan dipercayai sekitar 3,500 ekar dengan mengambil kira setiap geran melibatkan kawasan seluas antara empat hingga lima ekar.

Tanah itu dimiliki di kawasan Sandakan manakala Sijil Anak Negeri diperoleh di kawasan Kota Merudu.

Operasi ini masih berjalan.

sh

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...