Senarai Blog...Geng

Jumaat, Jun 26, 2015

HOT!! : DR MUJAHID NASIHATKAN PRESIDEN PAS..

 

Seorang bekas ahli jawatankuasa PAS pusat berkata beliau berharap kenyataan balas yang lebih "matang" daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pemimpin dan anggota PAS yang mencari pakatan baru di luar parti, berbanding berkata mereka akan "tenggelam".

MP Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof mendakwa bahawa Hadi "memperkecil dan memandang rendah" mereka yang mencari wadah baru di luar parti itu seolah-olah mereka sebagai sebuah "kapal tenggelam atau nyamuk" apabila presiden mengeluarkan surat terbuka kepada ahli PAS.

Dr Mujahid berkata Hadi juga menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang diasaskan oleh segelintir ahli yang tidak berpuas hati, dan bercadang menubuhkan parti politik baru.



"Saya rasa, mana-mana presiden dari mana-mana parti akan bertindak dengan cara yang sama tetapi saya berharap respon beliau perlu lebih matang, dan beliau boleh menghormati hak demokrasi sesiapa sahaja pun untuk membentuk parti baru atau pakatan.

"Jika saya jadi presiden, inilah apa yang saya akan cakap. Saya akan menyuarakan harapan bahawa kita boleh bekerjasama dengan parti baru ini jika kita bersetuju mengenai gambaran yang lebih besar. Kita perlu bekerjasama dengan orang lain demi kepentingan bersama rakyat.

"Tetapi malangnya ia datang daripada mulut seorang presiden yang memperkecilkan hak demokrasi anggota PAS.

"Beliau bukan sahaja memperkecil, malah memandang rendah terhadap mereka (dengan menyifatkan) seperti kapal tenggelam atau nyamuk," kata Dr Mujahid kepada Malaysiakini.

Mujahid berkata beliau tidak boleh menyalahkan Hadi yang dilihatnya seolah-olah "sangat berpuas hati" dengan apa yang beliau ada sekarang dan beliau mempunyai hak untuk menyatakan apa yang beliau rasa.

Mujahid, salah seorang daripada 18 pemimpin progresif PAS menjawab soalan berhubung pandangan Hadi mengenai pemimpin dan penyokong PAS yang mencari wadah baru selepas kekalahan mereka dalam muktmar di Kuala Selangor awal bulan ini.

mk

3 ulasan:

  1. kalau parti baru akan tenggelam, tak payah lah Haji Hadi dok kempen agar jgn tubuh parti baru. hai Hadi, aku nampak hang takut semacam ajer?

    BalasPadam
  2. Toksah gaduh posa2 ni...

    BalasPadam
  3. hadi cipta sejarah pemimpin PAS paling teruk dlm sejarah

    gagal mengawal malah membiarkan penyokongnya langgar akhlak islam demi membela dia.

    klu jd PM huh jahanam negara ini.. minta dijauhkan la

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...