Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 05, 2015

HOT!! : UMNO BERGEMBIRA DENGAN KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS..

 Mustapha Yaakub

SHAH ALAM - Keputusan perwakilan Pas untuk mengembalikan kekuatan ulama dalam Pas menyaksikan harapan parti sekutunya DAP hancur, dakwa Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub.

Katanya, keputusan perwakilan Muktamar Pas ke-61 itu adalah tepat dan bijak kerana dengan menolak parasit dalam Pas maka parti itu dapat dikembalikan kepada wajah asalnya sebagai parti Islam yang tonggaknya adalah golongan ulama.

“Wajah itulah yang Pas boleh bertahan sekian lama sebagai parti pembangkang yang terkuat dan bermaruah tanpa menumpang belas ihsan dari DAP dan PKR.



“Veteran berharap Pas dengan barisan kepimpinan barunya akan kembali ke wajah asal dengan perjuangan yang bersendikan ulama tanpa memerlukan sokongan dan kerjasama DAP dan PKR.


“Pas mampu bersendirian dalam PRU14 walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR. Malah Pas perlu sedar bahawa kemenangan besar DAP dan PKR dalam PRU13 adalah kerana sokongan Pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berharap, Pas tidak lagi dipandang enteng oleh rakan-rakan komponen PR yang lain.

“DAP dan PKR sepatutnya menyembah Pas dan bukan Pas yang menjadi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kepada DAP dan PKR.



“Veteran berharap dengan kekalahan golongan parasit dalam Pas itu, maka usaha penyatuan ummah akan dapat diteruskan demi Alif Ba Ta,” katanya.



Keputusan semalam menyaksikan majoriti 1,189 perwakilan, jelas menolak golongan bukan ulama, yang dilihat pro kepada DAP, sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...