Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 15, 2015

PANAS!! : BERITA TERGEMPAK..AJK PAS PUSAT YANG BARU LETAK JAWATAN..

 

Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa PAS meletak jawatan tersebut serta merta hari ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan bersama PAS sebagai anggota parti.

"Saya akui peletakan jawatan saya ini ada sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kekalahan yang dialami oleh rakan-rakan saya yang lain menjadikan ia luka dalam.

"Ia satu titik hitam selama 30 tahun saya berkecimpung dalam PAS," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Mazlan berkata beliau meletakkan jawatan itu kerana mahu memberikan tumpuan kepada beberapa NGO yang diketuainya termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).


Selain ANAK, beberapa NGO lagi diselianya antara lain Badan Prihatin Orang Asal (BATIN), Pertubuhan Kebajikan Anak Penoreh Getah (PETAH) dan Pertubuhan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa Malaysia (ANAK WARISAN).

Pada pemilihan PAS bagi sesi 2015-2017 baru-baru ini, Mazlan mendapat sebanyak 593 undi dan berada ditangga ke 14 daripada 18 jawatan dalam pemilihan parti itu minggu lalu.



Mazlan berkata beliau turut terkesan dengan krisis yang dihadapi PAS pada ketika ini yang dianggapnya sangat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi.

Sebagai pemantau kepada kegiatan Felda, Mazlan turut sedih apabila ramai rakan seperjuangannya tewas dalam pemilihan yang menyaksikan kumpulan proulama menyapu bersih jawatan dalam kepimpinan parti.

Sejak muktamar berakhir pada 6 Jun lalu sehingga pagi ini, Mazlan berkata ramai pemimpin PAS memujuknya supaya tidak meletakkan jawatan dan terus bersama parti itu.

Ditanya peletakan jawatannya ada kaitan dengan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa), Mazlan bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Surat peletakan jawatannya telah dihantar dan diterima oleh wakil di Pejabat PAS hari ini.

Dalam suratnya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara lain beliau akan tetap menjadi ahli PAS dan akan memberikan sumbangan dalam memperjuangkan menegakkan keadilan dan kebenaran.

mk
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...