Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 19, 2015

TERKINI!!! : KENYATAAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM ISU PAKATAN RAKYAT..

 Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketiga-tiga PKR, DAP, dan Pas harus meletakkan fokus terhadap pembelaan nasib rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun PR rakyat kini sudah berpecah, kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut harus dikekalkan demi rakyat.


"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal PR. Namun secara hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti masih perlu ditekankan di peringkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Dewan Rakyat.

“Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR,” kata Anwar menerusi peguamnya, R Sivarasa semasa pendengaran keterangan kepada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara (ASDB) hari ini terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dakwaan salah laku.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi sebuah kenyataan semalam berkata, gabungan PKR, Pas dan DAP dalam PR kini tidak lagi berfungsi secara formal.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan atas tindakan kedua parti itu yang dianggap dilakukan secara terburu-buru.

Anwar dalam pada itu turut mengingatkan beban semasa seperti kenaikan harga barang, minyak serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.

“Rakyat kini menanggung beban kenaikan harga barang dan perlaksanaan GST.

“Pemimpin parti bersama dengan NGO-NGO perlu berganding bahu menuntut perubahan dan menolak semua ini,” katanya lagi.

Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun penjara selepas rayuan kes liwatnya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditolak oleh mahkamah pada tahun lepas.

sh

1 ulasan:

  1. DSAI garu kepala tgk senario politik Pr... setahun pun belum lg... dh cacamerba..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...