KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak
 pihak polis menyiasat urus niaga Felda Global Venture (FGV) yang 
didakwa membeli saham dari sebuah syarikat ladang di Indonesia pada 
harga lebih tinggi dari pasaran.
 Pengerusinya, Mazlan Aliman mendakwa, syarikat multinasional dalam 
bidang perladangan itu telah membeli saham tersebut pada harga Rp700 
(RM0.20) seunit berbanding harga belian di pasaran pada kadar Rp400 
(RM0.11).
 "Tidak sepatutnya dibayar hampir 100 peratus tinggi daripada harga 
pasaran kerana sebahagian besar tanah masih belum ditanam dengan sawit 
dan belum menjana apa-apa hasil," katanya kepada pemberita selepas 
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di 
sini, hari ini.
 Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan turut melahirkan kebimbangan 
apabila urus niaga pada harga yang luar biasa tinggi itu tidak memihak 
kepada FGV.
  "Bayaran deposit belian lebih dari 10 peratus. Ini di luar daripada amalan biasa perjanjian jual beli.
 "Sekiranya pembelian tidak boleh diteruskan, deposit dipulangkan tanpa apa-apa faedah," ujarnya.
sh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
MAZLAN....kau membuktikan menjaga rakyat kampung BUKAN MACAM TUANG PRESIDENG yg menjaga Najib.
BalasPadammazlan membela rakyat felda. presideng membunuh pemimpin berwibawa dlm PAS.
BalasPadammana seekor UG yg memperjuangkan nasib rakyat felda? haram tk de
sepatutnya bila mazlan letak jawatan ajk PAS, maka PAS perlu sensitif dgn isu semasa seperti felda dan cepat2 lantik pemimpin utk ke depan.