Senarai Blog...Geng

Ahad, Jun 14, 2015

HOT!! PARTI ISLAM BARU AKAN BERSINAR DAN KUAT..

 Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.

SHAH ALAM - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau menaruh keyakinan bahawa parti baharu yang digerakan oleh persatuannya akan bersinar dan mampu menjadi parti yang kuat.

Katanya, ini kerana konsep parti baharu itu sesuai dengan konsep dinamik yang berlaku di negara ini.
"Konsep parti baharu ini adalah lebih bersifat sederhana, ia terbuka kepada semua kaum di negara ini.
"Saya yakin ia sebuah parti yang kuat," katanya ketika sidang media Pasma di Shah Alam semalam.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita adakah parti baharu itu akan senasib seperti parti-parti serpihan lain, Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) misalnya, Phahrolrazi berkata 'ia mungkin tidak akan terjadi'.
"Berjasa Pro BN, berbeza dengan parti baharu ini, ia Pro PR,itu lain berbeza..jadi bila parti yang  Pro BN ini, BN hanya hendak perlalat parti baharu sebab itu parti itu tidak boleh hidup , kita lain kita nak jadi satu komponen yang aktif ," katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pasma tubuh parti baharu selepas Aidilfitri]

Dalam pada itu ketika ditanya adakah faktor-faktor yang akan mengagalkan penubuhan parti itu, Phahrolrazi berkata setakat ini tiada petanda merujuk kepada perkara itu.
"Saya rasa tiada faktor yang akan menggagalkannya," katanya.

sh

1 ulasan:

  1. Tungu dan lihat14 Jun 2015 7:27 PTG

    Minta pandangan dengan pkr dan dap supaya mudah ujud persefahaman. Kecuali yang berkaitan dengan hukum Islam.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...