Senarai Blog...Geng

Selasa, Jun 23, 2015

HOT!! : LAGI... PEMUDA PAS RASA TERGUGAT..

 Pas yakin ahli tolak parti baharu

CHENOR - Pemuda Pas Kawasan Maran yakin rakyat akan menolak parti baharu sekiranya ditubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana dipelopori golongan yang tidak amanah dalam pelbagai aspek.

Setiausaha Pemuda Pas Kawasan Maran, Mohd Shamsuri Hussin berkata, majoriti ahli Pas tidak menyokong Pasma yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada ahli parti itu kerana cenderung memperlekeh kepimpinan Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ahli Pas mengenali individu yang terlibat dengan Pasma bukannya ‘role model’ dalam Pas.

“Berhubung Muktamar Pas Pusat lalu, Pemuda Pas Maran turut terkilan dengan kelompok yang tidak berlapang dada dalam menerima keputusan muktamar tersebut sehingga wujud pelbagai fitnah dan tohmahan.


“Kelompok yang kalah dan berkepentingan ini dilihat membawa misi tersendiri dan sanggup menggadaikan maruah untuk mencapai matlamat bersifat keperibadian,” katanya.

Sementara itu bersempena Ramadan, Mohd Shamsuri mengingatkan umat Islam agar mempertingkatkan amal ibadah supaya diberi petunjuk dalam kehidupan seharian bagi meneruskan agenda perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

Menurutnya, Pemuda Pas menggerakkan pimpinan dan jentera seperti Unit Amal dan Alternative Riding Club (ARC) bagi menyalurkan bantuan untuk golongan memerlukan melalui program berkala sekurang-kurangnya pada setiap Jumaat.‎

sh

6 ulasan:

  1. Yang jadi masalah ialah sistem CHAI digunakan atas arahan DUPP.

    BalasPadam
  2. Biar hilang tangan jangan hilang pegangan
    Biar hilang nyawa jangan hilang agama
    Allah Maha Besar

    BalasPadam
  3. bukan role model? hahaha hang lawak betul la.. so lepas ni kta jadikan role model ikutan warga pas, BILA BERCAKAP MENIPU, BOLEH HASUT ORANG DENGAN LABEL KAN ORANG TERTENTU, BOLE MUNGKIRI JANJI, BOLE MEMFITNAH.. BOLE CHAI

    BalasPadam
  4. Role model dengan angkuh..riak..tuduh kejahatan org lain tanpa bukti..berjuang hanya duduk dlm bilik ..sedangkan org lain mati2an turun ke jln raya hingga ke penjara..malu lah dgn role model awak tu..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, PAS tak rasa tergugat dengan cadangan PASMA menubuhkan parti baru JADI WAHAI SEMUA AHLI-AHLI PAS, TOLONG TUTUP MULUT, DIAM DAN JANGAN NAK KOMEN APA-APA. Biar rakyat yang menentukan sendiri pari baru nanti, ader FAHAM?

    BalasPadam
  6. Lepas ni di pantai barat ceramah kepimpinan Cai sapalah nak bederma agaknya, biar ustaz la pulak hulor yea, Jgn singgit tp paling koman 20 ragok tau.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...