Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 18, 2015

HOT!! : AKIBAT SOMBONG, EGO, TIDAK TEPATI JANJI..PAKATAN RAKYAT HAMPIR HANCUR..

 PR

SHAH ALAM - PKR akan meneruskan semangat PR yang diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU12 walaupun DAP telah menyatakan pakatan itu telah tamat riwayatnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lewat petang tadi berkata, PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung lebih empat jam semalam.

Dalam kenyataan itu juga, PKR melahirkan rasa kesal keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengumumkan penamatan riwayat PR yang dianggap tindakan tergesa-gesa.

DAP membuat keputusan itu tengah hari semalam selepas Muktamar Pas ke 61, baru-baru meluluskan usul Dewan Ulama Pas tanpa bahas menamatkan hubungan dengan DAP.


Bagaimanapun keputusan mengenai usul itu belum lagi dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Dr Wan Azizah berkata lagi, mesyuarat PKR juga menyatakan rasa kesal kepada keputusan Muktamar Pas itu.

“Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal, namun, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semangat dan permuafakatan PR di Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali dan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus kekal.

“Dan dalam semangat yang sama dan tertakluk kepada Dasar Bersama PR, PKR akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan mengatakan parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, ‘PR kini sudah terbubar’.

Dalam kenyataan itu juga, beliau berkata, “oleh kerana PR dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud.”

Keputusan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat CEC DAP malam Isnin lalu.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...