Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, Jun 25, 2015

HOT!!! : PEMIMPIN PAS BARU DAH MULA GOYANG KAH???

Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sejarah telah membuktikan penubuhan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu sebelum ia hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah.

"Berdasarkan sejarah yang ada di Malaysia, parti-parti serpihan ini tiada yang bertahan. Contohnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), semuanya berkubur.

"Kita tidak menghalang (penubuhan parti baharu) cuma kita sebut sejarah supaya boleh dijadikan iktibar. Tetapi kalau mereka rasa yakin, tiada masalah dan bukan kuasa kita untuk menghalang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti yang berlangsung pada awal bulan ini perlu berjiwa besar dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

sh

11 ulasan:

  1. Geng2 anta telah menfitnah geng2 sinun dengan jebon, barua serta doa laknat lepas tu anta minta mereka supaya berjiwa besar, pelik sungguh anta ni. Ana yang diluar sini pun boleh rasa pergolakan jiwa geng2 sinun apabila diperlakukan sebegitu.

    BalasPadam
  2. aku dah curi buah durian yang kau tanam, kau kau halalkan je lah,,,allah dah tentukan durian itu rezeki aku,,,,begitulah lebih kurang maksudnya

    BalasPadam
  3. Geng chai...

    BalasPadam
  4. cakap saja ustz tapi gerak kerja habuk pun tarak nak jadi Tim Menteri Besar cepat gu di cantas,bo la cakap banyaknya pengundi dah jemu dah....guna lutut dan siku jah pandai

    BalasPadam
  5. Org yg baik dan mulia selalu berprasangka baik terhadap org lain...sering mendoakan sesuatu supaya berjalan dengan baik dan lancar agar tidak di timpa bencana..tetapi bagaimana dengan ulama2 kita..apa yang telah katakan?????

    BalasPadam
  6. Apasal nak kepoh..... tahan x tahan bukan awok yg tentukan... buat kerja naib presideng tu yg ponting....

    BalasPadam
  7. Sejarah memang betul dan benar tapi sejarah juga akan berubah ikut keadaan usah kita sangkal dan bohongi peristiwa yang akan termaktub dalam lipatan sejarah,penubuhan parti - parti yang kecewa terdahulu tidak begitu teruja dan panas sokongan dari akar umbi tapi sekarang jenerasi muda telah bangun dan melihat sendiri rupa bentuk dan kerenah akhlak pemimpin PAS yang diagungkan sebagai ulam telah tidak menunjukkan budibicara sebagai seorang yang boleh ditauladani.

    BalasPadam
  8. PASMA tidak bersendirian seperti HAMIM, dan Semangat 46. PASMA akan menganggotai Pakatan Rakyat 2.0. Kita tunggu parti mana yang masuk kubur....

    Sudah rasa bahangnya kah?...Bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh diikut...

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    BalasPadam
  9. confirm aku tak ambik pot pasal PAS lagi

    BalasPadam
  10. BOLEH JE REDHA DGN KEKELAHAN TAPI POLITIK MENGGUNAKAN CAI, TUDUHAN TOLOL, MENJEBON, MENBARUA TIADAJ DITERIMA. INI BUKAN AKHLAK ISLAM WAHAI OSTAD ULAM MAK. MEH KITA AJAR MEREKA MACAMANA BERPOLITIK CARA ISLAM. Bkn setakat ratib Isle Isle isle je

    BalasPadam
  11. PKR pun parti serpihan umno...elok jea aku tengok masih bertahan sampai sekarang... dah sepak, dah terajang, simbah asid lepas tu kau minta redha dan berjiwa besar... aduhai ada otak ke takda otak ni...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive