Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 15, 2015

HOT!! : KATA MAT SABU..UMNO MESTI DI KUBURKAN...

 

Selepas seminggu pemilihan PAS berakhir, pemimpin yang dikaitkan dengan kumpulan progresif dalam parti itu membuat kemunculan depan umum malam tadi, yang mereka anggap sebagai mahu menguburkan Umno.

Bekas timbalan presiden Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin parti itu di Kuala Lumpur berkata kemenangan Umno mesti dinafikan dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun apa jua yang berlaku selepas ini.

Seruan tersebut hadir di tengah-tengah kemelut masa depan Pakatan Rakyat yang membabitkan dua parti dalam gabungan pembangkang itu, PAS dan DAP yang semakin meruncing.

"Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang...

"MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal.



"Jika kita tersilap langkah, ia akan memberikan nyawa kepada Umno. Ada di antara kita yang mahu memberi nyawa kepada Umno sekarang," katanya yang mesra dipanggil Mat Sabu, di depan kira-kira 150 hadirin.

Ceramah itu dianjurkan oleh kumpulan Otai Reformis. Nama tersebut bermaksud 'orang lama dalam era Reformasi' dan mengasaskannya sempena gerakan itu pada 1998.

Ia diketuai ADUN PAS yang digantung Saari Sungib yang memberitahu hadirin bahawa Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan dan menggesa anggota memberi sokongan padu kepada gabungan itu.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...