GEORGETOWN - Keengganan kepimpinan baharu Pas untuk mengarahkan wakil 
Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri 
Pulau Pinang adalah sangat memalukan, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 Malah, katanya tindakan empat Ahli Majlis Pas dalam Majlis Bandar raya 
Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai mempertahankan 
jawatan mereka telah merendahkan maruah dan penghormatan kepada Pas di 
mata orang ramai.
 "Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja 
yang rapat dengan ahli biasa Pas di Pulau Pinang. Malangnya, kepimpinan 
Pas yang baharu dan penyokong mereka di Pulau Pinang masih tanpa segan 
silu memegang jawatan kerajaan negeri.
 "...walaupun menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang 
secara langsung atau tidak langsung berfungsi untuk melemahkan kerajaan 
negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai oleh saya dan terdiri 
daripada Exco negeri DAP yang lain, jelas kepimpinan Pas yang baharu 
bukan sahaja kehilangan kehormatan mereka tetapi juga prinsip-prinsip 
mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 Rabu lepas, Dewan Ulama Pas sebulat suara meluluskan usul tergempar 
untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 
tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik
 dalam pakatan pembangkang.
 Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata secara logiknya Pas harus 
mengarahkan wakil mereka untuk meletakkan jawatan kerana mereka bukan 
lagi sebahagian daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan rakan 
sekutunya itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 Beliau turut mempersoalkan bagaimana empat Ahli Majlis Pas berkenaan 
mampu berkhidmat dengan kerajaan negeri secara efektif sedangkan Pas 
telah memutuskan hubungan dengan DAP. 
 "Mujurlah masih ada pemimpin Pas yang mulia yang telah meletakkan 
jawatan walaupun keengganan kepimpinan baharu Pas menuruti tindakan 
mereka menamatkan hayat Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu dan Datuk Dr
 Mujahid Yusof Rawa yang telah mengemukakan peletakan jawatan mereka," 
katanya. 
 Katanya beliau juga telah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan 
Pas Pulau Pinang Rosidi Hussain sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan 
Belia Pulau Pinang.
 Sabtu lepas (6 Jun) bekas Timbalan Presiden Pas itu memutuskan untuk 
melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang 
dan Penang International Halal Hub.
 Pada 8 Jun, Mujahid menerusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan 
peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan 
Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi 
Antarabangsa Pulau Pinang.
 Dalam pada itu, Lim turut menempelak Naib Presiden Pas Idris Ahmad yang
 mendakwa cadangannya untuk wakil kerajaan Pas meletakkan jawatan dengan
 hujah ekstremisme dan perkauman yang menyebabkan persepsi negatif 
terhadap DAP dalam kalangan orang Melayu.
sh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
Dulu bodoh dan tolol itu sinonim dengan UMNO.
BalasPadamTapi sejak dua menjak pemimpin PAS dah berpeluk dengan pemimpin UMNO, penyakit tu dah terkena kat PAS pulak.
Goblok betul kah kah kah kah.
Parti PAS kena tukar nama baru = Parti Pasentut.
Sekian, terima kasih.
Mereka ini bukan leadership material'. Mereka hanya tahu buat kecoh.
BalasPadam