Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 02, 2015

TERKINI!! : PEMIMPIN PAS HARAP PAS KEKAL BERSAMA PR..

 Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kapar, Noor Najhan Mohd Salleh

SHAH ALAM - Beberapa kepimpinan Pas berharap tiada istilah Pas keluar daripada PR, sebaliknya menaruh harapan tinggi agar konsep ‘tahaluf siyasi’ atau bekerjasama dalam PR diteruskan dan dimartabatkan.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kapar, Noor Najhan Mohd Salleh berkata, Pas diharap akan terus bersama PR menerusi tahaluf siyasi selagi kerjasama itu tidak melanggar batas-batas yang digariskan dalam parti.

“Tidak timbul isu Pas nak keluar daripada PR hanya disebabkan pandangan berbeza berhubung isu hudud dengan DAP.

“Isu itu boleh dibincangkan dan tiada sebab untuk Pas keluar daripada PR, tambahan lagi kita saling memerlukan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kesan kepada Pas di Selangor jika Pas keluar daripada PR.


Sambil mempertahankan Pas harus kekal dalam PR, katanya, Pas harus fikir ke depan untuk meneruskan agenda yang diperjuangkan selama ini bukannya mengambil langkah keluar daripada PR.


Sementara itu, YDP Pas Kawasan Shah Alam, Azli Yusof mengakui Pas harus kekal bersama PR bagi membolehkan PR merampas pemerintahan daripada BN.

“Memang di antara parti harus bekerjasama...jika bersendirian belum tentu kita dapat capai matlamat yang kita tanamkan sejak dulu lagi.

“Dalam usaha itu, semua pihak harus hentikan sebarang pertikaian sebaliknya, berusaha memperbaiki kelemahan yang wujud,” katanya.

Menurutnya lagi, pihaknya berharap agar kepimpinan dalam Pas yang menerajui parti mempunyai wawasan untuk meneruskan kesepakatan dalam PR.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...