Kenaikan cukai taksiran tak munasabah, bebankan rakyat – Anwar
AMPANG 2 DIS: Pakatan Rakyat membantah kenaikan cukai taksiran terlalu tinggi dan membebankan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita bantah kenaikan cukai tak munasabah, terlalu tinggi. Kita tolak cukai yang membebankan rakyat. Kerajaan membazir, beban kepada rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Mengulas lanjut, Anwar menyeru penduduk KL menyertai himpunan membantah kenaikan cukai tersebut pada 16 Disember ini.
“Kita seru warga kota supaya bantah dan kita bantah apa yang perlu dibuat seperti yang diputuskan oleh pimpinan (Pakatan),” katanya menyokong himpunan di Dataran DBKL pada 11 pagi.
Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dalam perhimpunan tersebut, setiap penduduk akan menghantar surat bantahan kenaikan secara beramai-ramai kepada DBKL.
Oleh itu, beliau menggesa penduduk KL supaya menghantar bantahan itu pada hari berkenaan dan menjangka sekurang-kurangnya 1,000 hingga 2,000 akan terlibat dalam himpunan tersebut.
DBKL pada 18 November lalu mengedarkan notis menyemak semula senarai nilaian cukai taksiran kepada pemilik rumah dan premis
di KL, dan kadar kenaikan cukai taksiran yang bakal dilaksana bermula 2014 dianggarkan lebih 100 peratus.
Selain gerai-gerai jualan produk tempatan, antara program menarik pada ekspo yang bermula semalam dan berakhir pada 8 Disember meliputi seni kebudayaan pelbagai kaum, sukaneka kanak-kanak, aktiviti sukan dewasa dan penerangan pinjaman IKS.
KeadilanDaily
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...