KUALA LUMPUR 21 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kelemahan dasar kerajaan menjadi faktor utama hampir 130,000 diisytiharkan muflis dalam tempoh tujuh tahun.
Beliau berkata masalah kewangan akibat peningkatan gaji yang perlahan, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang isi rumah menjadi faktor ramai individu diisytiharkan bankrap.
Shamsul_AMK"Mereka yang terperangkap adalah kelas pertengahan berpendapatan isi rumah 4,000 ke atas yang menjadi kelompok paling ramai muflis dan mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan.
"Kelas pertengahan ini yang mengunakan kad kredit, ada yang pinjam along kerana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan asas,"
"Pada masa sama kerajaan terus membebankan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan harga barang, tol, minyak dan lain-lain.
Keadaan ini menyumbang iklim ekonomi yang tidak seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengumumkan seramai 129,640 diisytiharkan muflis dalam tempoh 2005 hingga 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,299 adalah individu berusia di bawah 45 tahun.
Antara faktor menyebabkan muflis adalah kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perumahan.
Menurut Shamsul, kerajaan tidak mempunyai idea baru untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan gagal menguruskan wang rakyat hingga berlaku ketirisan saban tahun.
"Di negara lain, cukai yang tinggi diterjemahkan kerajaan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan awam untuk meringankan ekonomi rakyat.
"Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia apabila harga kereta mahal dan rakyat tiada pilihan. Kerajaan juga tidak ada mekanisme untuk mengawal harga rumah yang semakin tinggi," ujarnya.
Justeru beliau menyeru kerajaan mengambil langkah mengatasi masalah ini seperti membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mebantu rakyat yang berdepan masalah hutang.
Malah, institusi zakat juga, katanya perlu diperkasakan bagi membantu golongan itu yang dikategori sebagai asnaf.
Keadilandaily
Ahad, Disember 22, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Polis pecahkan pintu untuk menahan Fahmi Reza - Malaysiakini Aktivis dan pereka bentuk bebas Fahmi Reza ditahan polis di rumahnya petang tadi.Peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan, berkata tangkapan dibuat ki...Sejam yang lalu
-
Kenapa Guna Dana KWAN Untuk Program Imunisasi? - Kenapa?.. Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dan juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya...2 jam yang lalu
-
ANWAR DAN TANDA KECINTAANNYA KEPADA BUKU - Ilmu yang bermanfaat untuk rakyat digarap daripada hasil pembacaan buku yang bermutu. Dengan luasnya akses kepada bahan bermutu, kecerdasan dan kematanga...3 jam yang lalu
-
KALIMAH ALLAH DI LANGIT - [image: KALIMAH Allah yang terbentuk di langit tular di media sosial. FOTO ihsan Mohd Nor Firdaus Ibrahim]KALIMAH Allah yang terbentuk di langit tular d...3 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Kelima* *TINDAKAN PANTAS * TEMPOH sebulan yang ditetapkan oleh doktor pakar ENT Hospital Kuala Lumpur (HKL) *Dr Zakinah Yahya* untuk aku menjalani...18 jam yang lalu
-
PAS Sedia Jadi 'Orang Tengah' Bagi Selesaikan Pertelingkahan Di Antara UMNO Dan BERSATU - PASIR PUTEH - PAS sedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara men...21 jam yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

Kerajaan harus juga tanggungjawab ke atas kes Muflis tersebut disebabkan pinjamam rumah dan kereta dari bank dikenakan faedah yang tinggi sehingga lebih 10% kalau pemimjam tidak mampu bayar bulan ansuran.
BalasPadam