Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Disember 20, 2013

Tiada beza Ahli Sunnah, ASWJ - DR Asri



SHAH ALAM - Tiada perbezaan pengertian antara Ahli Sunnah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia hanya ringkasan penggunaan istilah oleh sesetengah pihak.

 Menurutnya, pihak yang mengatakan pengertian itu tiada persamaan sebenarnya tidak mengetahui hal sebenarnya.

 "Maknanya sama sahaja. Ahli Sunnah itu hanya ringkasan penggunaan. Siapa sebut ada beza dia tak reti. Selalunya sebut Ahli Sunnah untuk pendekkan ayat namun, maksud sebenar masih merujuk kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Memetik fatwa Majls Fatwa Kebangsaan, pengertian sunnah ialah sunnah Rasulullah SAW, pengertian jemaah ialah kumpulan sahabat dan tabien yang bersepakat di atas kebenaran daripada Kitab ALLAH dan sunnah Nabi.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-sunnah dan pendapat sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah SAW.

 Sinar Harian

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...